Inilah aku...

My photo
Aku menganggap segala yang terjadi dalam hidup ini adalah suatu pengembaraan. Akan ku tempuhinya sebaik-baik kerana itulah yang menjadi warna-warna perjalanan hidupku. Dan aku tiada berseorangan dalam dunia ini..

Archive for June 2012

Sg. Lembing(2D1N), lubuk emas yang ditinggalkan (Part 1)

No Comments »


Ibarat pekan Koboi. Penduduk kota yang dahulunya meriah kini suram, sedang menghabiskan sisa-sisa hidup. Lorong-lorong dicelah deretan kedai yang dulunya sibuk dengan laluan jalan kaki orang ramai, kini didindingkan bersambung dengan kedai2 sebelah. Dahulu sibuknya buruh2 dengan rutin kerja harian yang berat, pekan inilah yang dulunya dicari untuk baiki sepatu, memasang butang seluar, membeli tiub basikal, mencari ubat dan herba, menempah pisau dengan tukang besi. Namun kini seolah2 rutin mereka adalah menghabiskan aktiviti dimasa lapang…… Begitulah keadaannya kini di Pekan Sungai Lembing, Kuantan.

kelihatan budak sekolah. tanpa helmet pun dalam pekan

sudah tidak digunakan lagi

boleh je parking tengah jalan pun. aku abik gmbar pun d tgh jalan

deretan kedai yang masih utuh

usang. namun masih menanti pelanggan. perhatikn ruang diantara 2 buah kedai

pasti meriah suatu ketika dulu

tiada jambatan lagi ketika ini

kegiatan kerja lombong bijih timah


40km jaraknya Sg. Lembing dengan Kuantan, bukan la jarak yang jauh bagi aku. Namun berada disni seolah2 berada di pedalaman dunia yang asing, jauh dari kota besar,  terputus dengan kehidupan moden. 2 hari dan bermalam semalaman di Lembing Riverview Resort, Sg. Lembing betul2 membuatkan aku seperti berada pada suasana kehidupan 40-50 tahun di belakang. Jambatan kayu yang di lalui kereta aku utk ke resort, laluan jalan kaki dengan jambtan gantung, paip air yg masih berupa gumba, pam minyak di tengah2 jalan, deretan kedai yg masih utuh dengan binaan kayu seeranya dll. Itulah zaman kegemilangan Sg. Lembing….

Amatan aku, disini 80% adalah kaum Tionghua, dan 80% jugaklah penghuni pekan ini adalah orang tua. Lingkungan umur 60 tahun ke atas. Dari pekerja sapu sampah di tepi jalan2, tuan punya kedai, malah pelayan kedai kopi pun adalah warga tua. Sekali tu, aku teserempak ada 2 orang aunty Cina yang berumur 60-an tahun sedang mengheret basikal mereka di pagi hari. Berkawan atau berjiran agaknya mereka, sedang melalui jambatan gantung, manakala aku dengan kereta sedang melalui jambatan kayu di sebelahnya, kedua2 kami sedang melintas sungai. Terasa seperti akulah orang kaya ketika zaman itu. Entah ke mana mau pergi mereka itu…..

Aku di sini asalnya terpanggil kerana mahu teman B berehat setelah berminggu2 B demam. Bukanlah demam teruk, tapi demamnya agak meleret. Sejak 2 minggu lagi B agk tidak sihat. Pulangnya dari Langkawi, udahlah memandu selama 12jam dari rumah, percutian keluarga selama 4 hari pula penuh dengan aktiviti di sana. Ditambah pula B lah yg menjadi pilot Toyata Hiace kami sepanjang di sana. Kami lah yang seronok bercuti disana. Seperti menukar giliran, memerlukan sedikit masa manja untuk diri B pula kini. Setelah google2 di salah satu website travelling, jumpalah Lembing Riverview Resort (LRR) ini hotel yang mendapat ranking kedua terbaik di Kuantan. Memang, kami sebenarnya memang mencari tempat yang dekat2 saja dengan rumah kami. Hanya untuk berehat dan tiada mau sebarang aktiviti kelak. Itu tidak lari dari plan asal. Cuma ketika itu, adalah beberapa pilihan sperti mahu di Cherating dengan Swiss Garden Resort, Eastern Pavillion juga di Cherating dan beberapa short list hotel di Kuantan ini saja. Mencari hotel yang agak selesa sesuai untuk rehat2 saja. Itu tugas aku. Dan akhirnya B memang tertarik bila saje aku sebut LRR, Sg. Lembing ini. Yang tertariknya adalah Sg. Lembing itu (bukan resortnya). Rupanya B memang pernah muda2 zaman sekolah dulu, memasang keinginan untuk sampai di sini. Setelah subjek sejarah di sekolah dulu disebut2 dengan aktiviti lombong bijih timah di Sg. Lembing.

p/s: gambar-gambar yang tiada warna di atas adalah di ambil dari simpanan arkib di resort kami tinggal.