Inilah aku...

My photo
Aku menganggap segala yang terjadi dalam hidup ini adalah suatu pengembaraan. Akan ku tempuhinya sebaik-baik kerana itulah yang menjadi warna-warna perjalanan hidupku. Dan aku tiada berseorangan dalam dunia ini..

Archive for January 2013

Ada apa dengan 2013

No Comments »

Hati masih belum tenang. Fikiran aku sungguh bimbang. 2013 ini aku berhajat suatu perkara yang sangat besar dalam hidup aku. Keputusan ni akan merubah 360 darjah kehidupan aku. Tidak lagi seperti sekarang. Apa dia?? Bukan tak nak berkongsi umum tapi HATI MASIH BELUM TENANG....

Cuma aku sekarang biarkan sahaja masa berlalu. Sibuk dengan macam2 hal. Baru sahaja aku balik dari KL, berjumpa sahabat2 baru masa aku travel bersama  ke China bulan November lepas. Perkenalan kami ni bagaikan kamilah sahabat dari sekolah. Bergurau bersenda macam adik beradik. Tiada pula aku masukkan cerita travelling aku ke China tu kat sini. Belum sempat! (alasan apa lg??!) Akulah sibuk bagai PM....kahkahkah

27hb ni aku sbuk macamana pun, aku tak de di Malaysia ni. Mana pergi?? jenjenggjeng... padahal dekat je pun. M.E.D.A.N! Istimewa trip ini kali aku p dengan geng rambo aka charlie onjos. Kami smua gegerl 4 orang, termasuk kawan baik aku masa study Uni dulu. Ini kali kena paksa ikut. Susah benor nak join trip hah sekarang aku book tiket sendiri aku untuk dia n last kena paksa ikut jugak. Tp apapun alhamdulillah dia OK. Seb bek...

Yang duk runsing sikit pasal trip ni adalah aku kurang study. Oleh kerana ini pestaim aku ke Medan, sepatutnya aku 44malam aku kena katam pasal Medan. Sepatutnye lerrrr.... Apapun aku redah je nanti sebab dan janji siap2 dengan geng2 trip ni adalah trip rambo. Main terjah xde booking otel n tour guide bagai. N keputusan terhebat yang dibuat kami adalah perjalanan dari Medan ke Parapat (Tasik Danau Toba tu) adalah menggunakan public transport. Hambik ko!! So kepanasan, kehimpitan, kekejaran yang akan berlaku kelak adalah di alu2kan.. kahkahkah. Cuma yang sedap hati itu adalah kelak kami berhajat menaiki keretapi. Sudah lebih 10 tahun aku tak naik keretapi. Teringat 10 tahun belakang, itupun pestaim aku naik keretapi. Dari KL ke Tumpat, Kelantan. Masa tu kami seramai 8 orang tengah study lagi, aku ikut balik ke kampung kawan aku di sana. Bertolak malam, sampai pagi. Di subuh hari tu bila agak cerah tanah, Masyaallah, sungguh indah damai bilamana keretapi kami menyusuri kampung2 dengan melintas anak sungai, hutan dan bukit bukau. Malah merentasi sawah padi... Sejuk mata memandang, sejuk lagi hati melihat dengan rasa nikmat dan bersyukur...... Err macam setajah pulop!

Laluan keretapi di Medan, tidak pula aku ketahui bagaimana. Apapun kalau kita bermewah2 ke tempat orang, maka hilanglah pengalaman berada dalam budaya kehidupan masyrakat mereka. Dok gitu?? Aku pi mana-mana memang suka duduk dalam budaya orang. Selagi tidak membatasi agama kita, aku suka menghayati keunikkan kehidupan mereka. Bab cakap ayam itik pun aku suka... Last2 aku xfaham apa orang ckp, aku pulak cakap " lantak ko la cakap apa.." kihkih...

2013, Moga tahun ni adalah tahun yang lebih baik buat kami. N terima kasih buat b, sebab luluskan trip ni p dengan kawan2. Katanya mitak izin dgn tak mintak izin lebih kurang sama sahaja. Mintak izin tapi paksa suami bagi keizinan...err.. apa2 jela

MEDAN, tunggu......

Sempat cedok ni je wat modal
SUMBER INTERNET