Inilah aku...

My photo
Aku menganggap segala yang terjadi dalam hidup ini adalah suatu pengembaraan. Akan ku tempuhinya sebaik-baik kerana itulah yang menjadi warna-warna perjalanan hidupku. Dan aku tiada berseorangan dalam dunia ini..

Archive for June 2013

Si Kecil Comel

No Comments »

Terpanggil aku untuk menulis lagi. Tugas dalam kehidupan seharian tak pernah putus-putus. Aku juz follow the flow kata orang... Kisah hidup Muezza mewarnai harian aku sekarang. Siapa Muezza? Sebenarnya itu adalah kucing sahaja.. tapi rentetannya dari aku mula memeliharanya sampai sekarang sudah ditakdirkanNya.. meriah idop haku :)

Seperti nama kucing kesayangan Rasulullah; Mue n Ezza, dua ekor kucing yang masih bayi aku pungut di belakang rumah. berhari-hari mendengar nyaring suara anak kucing memanggil-manggil ibunya. aku tidak pedulikan pada mulanya. namun sedikit rasa ingin tahu apa terjadi sebenarnya pada anak-anak kucing tersebut sampaikan siang malam mengiowww! Tak tahan mendengar panggilan kecemasan mereka aku pun menjenguk disebalik timbunan kayu itu. rupanya kesian betul anak-anak kucing tu, di tinggalkan ibunya berhari sendirian. tahi mata berketul-ketul, bulu kucar kacir, jalan terketar-ketar kelaparan agaknya. cuba keluar dari tempat gelap tersorok persembunyian sampailah hampir ke tempat terang mereka mencari-cari. ntah apa yang di cari samada ibu ataupun makanan. memang terharu aku nengoknya. kesian betul...

aku pun tak sampai hati naak biarkan. aku ambil kedua-dua ekor, kemudian trus aku bancuhkan susu pekat manis yang ada dalam peti ais. yela mana aku nak cari susu kucing atau hentam susu bayi kanak-kanak sebenar kan masa-masa gini... di jilatnya lahap sampai habis. memang lapar betul. sampai hati ibunya meninggalkan mereka kan. tapi tak tahu la kalau ibunya mati dimakan musang ke biawak ke kan.. dari kejadian itulah, dari diberi minum susu, aku bagi makan apa yang ada sedikit.. n cuba letak dalam kotak besar. dalam seharian gitu, aku lap-lap mata n tuttt yela najis kan.. lagi pun cair lagi najis nya... uwekkk!

keesokkannya aku belikan susu kucing, makanannya, sangkar dll. bagi dia selesa. dah la yatim kan.. so sampai la sekarang umur dah sebulan gitu. dia memang kenal aku. kalau rasa takut cepat-cepat dia datang kat aku. selalu nak manja-manja dengan aku, minta-minta digosok dan sebagainya. agaknya dia ingat aku ni mak dia kot... kehkehkeh....

seminggu lepas dua-dua demam pulak. aik kucing pun demam jugak rupanya. tapi betul la bila kita dah jaga dia, rasa sayang mula dirasai. aku jaga dia macam anak jugak. demam, Mue-Ezza tak nak makan, badan panas sangat. itulah aku sampai belikan botol susu tp dia tak mau. aku pakai picagari utk suapkan susu. yela badan dah panas, selera makan tak ada.. aku kena pastikan dia ada tenaga bukan. di paksa suap gitu. lagipun badannya perlu air sebab panas kan. asalnya sehari sebelum tu aku bawak p klinik. doktor bagi vitamin.. n aku terbaca dalam intenet katanya kalau terlebih vitamin suhu badan boleh meningkat. so tak pastilah mananya.. tapi aku dah tak berani lagi bawak gi klinik keesokkannya tu. demam Mue-Ezza dekat seminggu jugak. harini baru nampak segar, nak bermain-main. apapun Alhamdulillah... 

aku ada bawak mereka p pantai. saje nak bagi dia ada sikap survival sikit.. jgn asyik manja dengan aku...

Agak ketakutan dunia baru


berjalan beriringan sokmo

tengok matanya. akibat berketul tahi mata aritu. skg dh ok..

smp rumah balik tu trus tido..zzzzzz