Inilah aku...

My photo
Aku menganggap segala yang terjadi dalam hidup ini adalah suatu pengembaraan. Akan ku tempuhinya sebaik-baik kerana itulah yang menjadi warna-warna perjalanan hidupku. Dan aku tiada berseorangan dalam dunia ini..

Archive for November 2012

Pokok pulak..

No Comments »

Sekarang duk gila bertanam-tanaman. Sebenarnya dah agak lama, tapi bila dah nampak hasilnya, memang menggembirakan hati dan bertambah-tambah semangatnya. Aku banyak tanam pokok herba jugak.. eerrkk.. herba? Eh pokok sayur-sayur lah! Errkkk.. ye ke? Kalau dipanggil pokok penyedap masakan pun boleh kot. Mmmm… apa kata kita panggil pokok ulam-ulaman. Hah! Gitu-gitu la…

herba life kau..
Tengok gambar pokok-pokok aku. Harap-harap ini bukan hobi hangat-hangat ta@#$ hayam hokeh. Sebenarnya banyak lagi pokok yang aku n b tanam dah berjaya tumbuh. Di back yard ada juga pokok kunyit, daun pandan, daun kari, serai dll. Itu belum masuk lagi pokok buah-buahan seperti rambutan, ciku, pisang, limau, mangga, labu dan yang paling gerun sekali pokok buah namanya katak puru. Nah kau! Daun sup tu sadiss betul tp aku tanam jugak. Ntah kali ke berapa tapi boleh dikatakan sebelum-belum ni semuanya failed. Yang ni harap2 menjadi la. Bukan apa, daun sup ni kita pakai sikit aje dlm masakan. Setiap kali aku beli kat pasaraya yang dah diikat tu asyik membazir aje. Setakat nak pakai dua tiga helai baiklah kalau ditanam aje. N yang paling penting pokok cili tu. Itu baru aku beli malam minggu baru ni. Harap-harap pun membesar dengan sihatnya..

belum 're-pasu' yet
Tidak lupa juga pokok-pokok bunga, tumbuh-tumbuhanan spesis keladi dan lain-lain di halaman lanskap depan rumah aku yang tak berapa nak nama lanskap. Boleh la dikatakan lanskap tak siap atau tak menjadi. Air terjun yang kadang-kadang terjun kadang-kadang berehat tido akibat berjimat elektrik… Bertambah-tambah tuannya pun tak boleh dengar deruan titisan air terjun dari mulut pasu jatuh ke bawah.. Kejap lagi mulut tuannya ternganga-nganga menahan mengantuk. Jadi lebih baik jika tuannya balik kerja mau berehat sebentar di kerusi taman di depan rumah tu, kalau setakat nak hidup udara segar penuh oksigen duduk-duduk sajalah berhampiran pokok-pokok sekeliling lanskap, daripada ketidak cukupan oksigen ternganga menguap akibat mendengar terapi titisan air terjun ajaib…ohoho

Dan yang paling dinantikan setiap petang adalah....... ini!
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
Kejap lagi dia mekar bak pipi aku ni. >> membulat merah menyala!

tunggu mekar > jaga diri elok2 ye
p/s: xmau tepek lanskap. Malu gue….
n perasan x ada pokok anggur dlm salah satu pic kat sini. ekekek..

Burung

No Comments »

Biasa cuti-cuti begini aku bangun pagi mesti nak lepak jap kat anjung rumah. Belakang rumah aku sungai.. Buka pintu tingkap bilik terus nampak sungai.. Memang mendamaikan. Tepi rumah aku tanam banyak jugak pokok-pokok buah. Ada satu tu pokok nenas dah sampai setahun rasanya tp tak berbuah-buah. Buat semak ruang je pokok nenas tu. Rasa macam nak cabut je. Pokok ceri pun aku dah tebang dahan-dahan yang merimbun tu. Rendang sangat sampai nak cecah lantai hujung-hujung ranting. Tapi kali ni aku perasan tiap hari ada dua ekor burung akan hinggap kat dahan pokok ceri tu setiap pagi. Dah jadi kebiasaan pulak aku akan mengintai mereka. Burung tu ada dua ekor. Mungkin sepasang. Aku tak pasti nama burung tu. Warna biru cantik jugak. Mungkinkah burung Raja Udang? atau Cenderawasih?? (bukan ke cendrawsih tu org ckp kakinya x jejak bumi) hahaha....

cari makan agaknya

hai.. dh nk terbang ke