Inilah aku...

My photo
Aku menganggap segala yang terjadi dalam hidup ini adalah suatu pengembaraan. Akan ku tempuhinya sebaik-baik kerana itulah yang menjadi warna-warna perjalanan hidupku. Dan aku tiada berseorangan dalam dunia ini..

Burung

Biasa cuti-cuti begini aku bangun pagi mesti nak lepak jap kat anjung rumah. Belakang rumah aku sungai.. Buka pintu tingkap bilik terus nampak sungai.. Memang mendamaikan. Tepi rumah aku tanam banyak jugak pokok-pokok buah. Ada satu tu pokok nenas dah sampai setahun rasanya tp tak berbuah-buah. Buat semak ruang je pokok nenas tu. Rasa macam nak cabut je. Pokok ceri pun aku dah tebang dahan-dahan yang merimbun tu. Rendang sangat sampai nak cecah lantai hujung-hujung ranting. Tapi kali ni aku perasan tiap hari ada dua ekor burung akan hinggap kat dahan pokok ceri tu setiap pagi. Dah jadi kebiasaan pulak aku akan mengintai mereka. Burung tu ada dua ekor. Mungkin sepasang. Aku tak pasti nama burung tu. Warna biru cantik jugak. Mungkinkah burung Raja Udang? atau Cenderawasih?? (bukan ke cendrawsih tu org ckp kakinya x jejak bumi) hahaha....

cari makan agaknya

hai.. dh nk terbang ke


This entry was posted on . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply