Inilah aku...

My photo
Aku menganggap segala yang terjadi dalam hidup ini adalah suatu pengembaraan. Akan ku tempuhinya sebaik-baik kerana itulah yang menjadi warna-warna perjalanan hidupku. Dan aku tiada berseorangan dalam dunia ini..

Jahit baju tunang

No Comments »

Aku memang suka menjahit. Bukan lah niat nak bagitau perempuan melayu terakhir ke hapa. Tapi menjahit ni memang menjadi satu projek yang sentiasa ada dalam kehidupan aku ni. Tapi time nak menjahit, mesti la mood aku tengah berapi2 gitu. Barulah hasilnya cemerlang marbeles. padahal so-so ajeh. kahkahkah..

Hah jangan terkejut bukan aku yang nak bertunang ni,. Ni aku jahitkan jubah pertunangan untuk adik aku. Sebagai hadiah di majlis pertunangannya semalam. Adik aku ni memang suka jubah... Dia yang nak bertunang, aku plak yang xcited. Beriya2 kakaknya duk bersiap membilang hari majlis. Time hari tunang plak, kakaknya sekali lagi berdebar2 menunggu rombongan. Manalah tau adik aku pengsan, aku lah nak jadi penggantinya. Bakal mak mertuanya boleh pinjam jari aku. kahkahkah...

Aku bertiga perempuan dalam famili. Dialah adik perempuan aku yang bongsu. Biasanya aku p mana2 pun dialah yang teman ada selalu. Kadang2 rsa sedih jgk. Yelah nanti dah jadi milik orang xleh la aku bebas2 nak gunakan dia. Yang biasanya kalau p mana2 dia bawak barang, jaga anak buah time majlis apa2 kat rumah, basuh pinggan dan macam2 lagi. Yang kena suruh itu ini pun dialah. Tapi apakan daya jodohnya sudah sampai. Semua tu akan berlaku jika sampai masanya. Apapun adik aku ni masih belajar, umur pun baru 20 tahun. Yang tegasnya mak aku memang suh abiskan belajar jugak since umo nyer pun masih muda.. N mereka berdua ni memang ada perancangan nak teruskan belajar lepas nikah. Itu dari aku dengar2 la. Bakal suami adik aku tu dulu pernah belajar kat Yaman. Tapi oleh kerana pergolakkan yang berlaku di sana, dia tangguhkan pelajarannya dan balik Malaysia dulu. FYI, mak ayah aku plak jenis anak-anaknya kawen awal. Termasuk haku. So nak kata adik aku tu gatal tak boleh la kan. hikhik...

Design sendiri dan konsep hitam putih aje aku buatkan untuk baju tu. Simple aje sebenarnya tapi oleh kerana  percaturan warnanya, ia agak menarik. (perasan ke haku!)

Jomlah kita cuci2 mata.
macam tahi cicak tak?.. x kan.
ala... macan yin dan yan tu.. keh3

Apapun, majlis pun dah selesai. Buat adikku sayang selamat bertunang dan insyallah, jodoh kesampaian dengan orang yang dicintai itu. Jagalah akhlak dan nama baik keluarga. Jangan makan manis2 lagi sebab darah ko tu dah manis. kahkahakah

cincin yang sudah menjumpai pemiliknya 
p/s: oh ya aku byk dpt offer mintk jahitkan bju raya taun depan since lps rmai tgk bju tunang adik aku ni. aku jwb xleh sbb aku ni bukan tukg jhit koman spanar punyer. aku pereka xklusip tahap gaban punyer. haha

Sg. Lembing (2D1N), lubuk emas yang ditinggalkan-Part 2 (part last)

No Comments »


Perjalanan dari rumah kami mengambil masa 1jam lebih. Kami bertolak sebenarnya agak lewat bukanlah terlalu pagi. Akibatnya sudah tentu kami sampai pn agak lewat petang. Apa tidaknya, menyelesaikan beberapa urusan di Kemaman yang sesak dengan jalan yang banyak kereta pun 3-4 jam. Itu baru dua tiga urusan. Mmm… akhirnya dengan hati yang tenang kami sampai jugak di LRR, Sg Lembing sekitar jam 4 petang. Terus check-in, rehat sebentar, solat semua n kluar balik untuk lihat kawasan sekitar serta makan. Lapar beb mkn pagi je tadi!

menuju ke jeti

Bilik yang aku ambil ni berharga RM80 per malam. Since aku datang hari rabu, tiadalah tambahan caj untuk hujung minggu tu RM10. Senangnya aku bila2 masa blh bercuti. RABU hokeh! (uweeekk!!). Bilik aku memang aku pilih yang paling tepi sekali n bersebelahan dengan river. So feeling2 bangun pagi terus intai air berderu mengalir gitu. Tp masalahnya resort ni, bilik2 mereka ni xdop balkoni. Hanya ada teres untuk laluan turun tangga. Since bilik aku paling tepi, besebelahan dengan teres itu, aku menganggap teres laluan ini sebagai balkoni. Boleh? kuakuakua.. bangunan bilik aku sebenarnya blok 2 tingkat sekali dengan reception n tiada bilik d bahagian tingkat bawah, tingkat atas la semuanya bilik. Manakala di kawasan sebelahnya adalah berupa chalet berkembar. Ada beberapa buah chalet di situ. Yang xsyoknya chalet tu adlh krn balkoninya mngadap pintu masuk chalet sebelah. Kira pintu mngadap pintu. Bukan river. Ouucch! Itu sebabnya aku abik bilik yang d rekomen lady reception tu, bilik paling tepi kalau nak feeling2 air berderu. Kelasss gtu!

Keluar ronda2 n makan. Since dah lewat aku sampai, sempat aku pusing2 sekitar kampong dan ziarah tempat2 bekasan kilang, jambatan gantung tertua di sini, 1920an (if I m not mistaken), melihat panorama matahari nak terbenam dll, sebelum p makan. Nak diceritakan, masa aku duk tinjau2 bekas tapak kilang proses bijih timah, ada somebody cina, kira uncle la duk ambil2 gambar jugak. B yg mesra tu tegurla… rupanya dia orang sini, tapi bagus, dia tengah ambil gambar burung sebenarnya masa tu sambil snap jgak panorama sekitar sini. Patutla aku tengok camera di lehernya tergantung. Ingatkan pelancong macam haku. Yang jadi ceritanya, lama la plak B duk borak, dari cerita burung sampai la kisah zaman2 kegemilangan kampong ni dulu. (asal aku eja kampong mcmni). Rupanya uncle ni pernah sekejap keje di kilang ni dulu, sempat jgk masa dia muda dulu. Namun xlama, dia berhijrah ke KL untuk dapatkan kerjaya yang lebih baik. N rupanya uncle ni arkitek dan yang syok dengarnya, uncle ni aktif dalam penulisan n dia jgk wartawan. Huh! Patutla aku dengar dia duk bercerita pasal Sg. Lembing ni siap hafal rentetan peristiwa dengan bulan n tahun2 sekali. Dalam hati aku masa tu eh uncle ni mcm wartawan. Memang pun rupanya. Dah last2 tu baru dia gtau dia penulis n wartawan. Pernah kerja sambilan dengan semua akhbar cina dalam Malaysia ni. Bagus2…

Maghrib dah. B mintak diri. Kami berpisah dengan uncle tu. Perut pun dah lapar. So aku pusing2 masuk pekan, cari restoren. Yang aku jumpa sebuah warung tepi jalan. Asalnya B tertarik dengan bannernya tertulis mee jawa. Kami berhenti di sini. Order mee jawa xdak la plak. Aduuh… mgkin bukan rezeki kami. So makan masakan panas yang lain. Besnya makan kt sni. Murah giler bagi aku. Kalau kat Kemaman jgn mimpi la nak dapt klu makan mlam masakan panas, skali dengan air ais, n tapau roti canai lagi untuk dua orang. Akhirnya bayar RM10.80. Memang murah….Abis makan kami pulang ke resort saje. Selepas kendiri dan solat kami rehat2 dan sdah tentu zzzzzzzzz.. J

Keesokkan pagi kami jugak bersantai2 lagi. Tidak la kami rushing kemana-mana, selepas kluar bilik kami melawat sekitar pekan lagi. Kali ni singgah di Mezium Sg. Lembing. Menarik mezium ni. Dijaga rapi untuk pelancong. Kat sini kita akan dapat banyak lagi info2 tentang Sg Lembing masa zaman kegemilangannya. Dari sebelum ditempatkan kilang sehinggalah ia menjadi kenang2an sperti sekarang. Ohya sebelum melawat mezium tu, aku melawat bekas tapak kilang lg. Pd petg aku sampai tu dh melwat kan tp pg ni aku xplore lagi smp ke atas bukit aku naik. Dengan kreta la tu. Kalau dg kaki aku malas la kan. Kata nak relax2 je. Kang balik kaki bengkak. Kekeke.. Sebenarnya masih banyak sisa2 buangan dan kesan2 bangun yang ditingglkan. Dan menariknya bila aku jumpa batu2 yang ada terkandung bijih2. Kami kat situ agak lama jugak. Lepas snap bbrp gambar kami turun. Menuju mezium aku ckp tadi. 

terjumpa batu yang mengandungi bahan logam

muzium Sg. Lembing, Kuantan


Antara panorama waktu pagi di kaw bukit- masih berkabus


matahari mulai terbit

Antara kehijauan yang masih kekal

Resort kami tinggal

Tinggalan di tapak kilang- ntah namanya

B cuba tgk- dalam sangat sebenarnya lubang tu


So mcm biasa la kan, mezium macamna smuaorg tahu aku agak. Cuma aku nk kongsi kt sini, pasal peralatan pejabat yang di gunakan masa operasi lombong tengah kencang tu. Yang aku tgk banyak la, ntah apa ntah mesin mak nenek ada. Mesin kalkulator pn besar gedabak ko. Besar tv mcm tu hah. Tp apa nak heran kan kata barang antic memang la kita tgk pelik. Yg x pelik aku jumpe jgk. Mesin taip. Kt dlm mezium tu bagaikan apa duk jga siap letak dalam cermin. Yg xpelik aku ckp sbb mesin taip macam tu kat pejabat aku p nada. Hoh! Masih lg digunakan kahkahkah.. kelazz pejabat aku. Time2 nk taip sebijik dua huruf kt kertas aku selalu guna mesin taip tu.
Sampai la tengahari jgk aku duk merendek kt pekan dia. Lapar pn dh lapar. So kami lunch rembat je restoren yang ternampak. Sbnrnya bukan la restoren sgt pn, warung gitula. Sekali lg kos lunch kami murah. Lunch RM10 je utk dua orang. Hidup pn tak tertekan kat sini. Almklumla living cost agak murah kan… kedian, kami balik resort. Rasanya dah xde tempt kami nk lawat. Air Terjun Pelangi punya tempat rekreasi kami x p pn. Sebab kena naik 4w drive n minimum 4 org. Fare RM40/pax. Owner resort ada tanya jgk kami smda nak pergi ke x. sebab katanya boleh joint venture dgn group Singaporean yg ada trip pg tu. Tp aku refuse je offer dia. Kami nak berehat2 saja kan…
Lepas zohor sepatutnya masa kami checkout. Tp dah mintak izin nak checkout lambat skit. Ambil kesempatan kat situ, sebelum waktu zohor, kami p mandi sungai sebelah resort je. Air pn cetek so xdela aku nak berskil bagai. Mandi pun cara meniarap je. Seb bek xde orang. B pulak sibuk suruh aku berhati2 time mandi tu. Bukan takut hilang nyawa bini, tapi katanya suruh aku sambil mandi tu tgk2 kan jugak pasir bwah air. Kot2 ada jumpe emas. Hampeh! Pasir sungai tu mmg sentiasa ada kilauan kan. Kang mana tau kata B jumpe emas setengkol. Nti boleh datang hari2 ke sini katanya. Kahkahkah….
Abis mandi sungai, kendiri terus dan akhirnya kami pulang. Cukupla percutian ni 2hari 1malam. Ini adalah hadiah buat B. Tinggal la dulu Sg Lembing…….

Selamat Aidil Adha

No Comments »


Dah lama tinggal blog. Teruk benar aku tahun ni. Sampaikan banyak benda aku lupa pasal blog ni. tengok entri aku tahun ni berapa ciput ajeh.  N sekarang aku dah ubah layout blog menjadi seringkas yang mungkin. xmau liplap2 n background yang serabut mata lagi.
Apapun hari ni Hari Raya Korban, so kita relax2 bersama keluarga n nanti nak makan daging lembu. Apapun aku ucap pada semua SELAMAT MENYAMBUT AIDUL ADHA bagi seluruh umat Islam.

ok aku selamat sbb aku lembu susu hokeh





Kuih Bunga Rose yg sedappp

No Comments »

Sebenarnya first time buat ni menjadi... itulah jd mcm ayam berkokok satu kampung...


Project: KUIH BUNGA ROS (mcm gempak pdhal plig senang- utk spe yg xreti sajork)
1- tepung beras 3 cwn, sntan 2 cwn, gula 3/4 cwn, air kpur 1 sdu teh, telur sbiji
2- campur smua dlm mangkuk
3- kacau sebati
4- celup acuan bunga ros - pastikan acuan panas- panaskn dlu dlm myk pans sblum celup td (pastikan jgn celup smp teggelam abis)
5- tenglamkn dlm myk pnas dgn api prlahan (pstikn jgn smp trsntuh dsar kuali)
6- goyang2 n pisahkan isi kuih dgn acuan bunga ros

A- taddaaa!!
B- dpt 1 tabung (kos masa 1/2jm- lama kan?? buat sorg2 org tu tggu nk mkn je)
C- slps 10 minit......

Kuih bunga rose

Sg. Lembing(2D1N), lubuk emas yang ditinggalkan (Part 1)

No Comments »


Ibarat pekan Koboi. Penduduk kota yang dahulunya meriah kini suram, sedang menghabiskan sisa-sisa hidup. Lorong-lorong dicelah deretan kedai yang dulunya sibuk dengan laluan jalan kaki orang ramai, kini didindingkan bersambung dengan kedai2 sebelah. Dahulu sibuknya buruh2 dengan rutin kerja harian yang berat, pekan inilah yang dulunya dicari untuk baiki sepatu, memasang butang seluar, membeli tiub basikal, mencari ubat dan herba, menempah pisau dengan tukang besi. Namun kini seolah2 rutin mereka adalah menghabiskan aktiviti dimasa lapang…… Begitulah keadaannya kini di Pekan Sungai Lembing, Kuantan.

kelihatan budak sekolah. tanpa helmet pun dalam pekan

sudah tidak digunakan lagi

boleh je parking tengah jalan pun. aku abik gmbar pun d tgh jalan

deretan kedai yang masih utuh

usang. namun masih menanti pelanggan. perhatikn ruang diantara 2 buah kedai

pasti meriah suatu ketika dulu

tiada jambatan lagi ketika ini

kegiatan kerja lombong bijih timah


40km jaraknya Sg. Lembing dengan Kuantan, bukan la jarak yang jauh bagi aku. Namun berada disni seolah2 berada di pedalaman dunia yang asing, jauh dari kota besar,  terputus dengan kehidupan moden. 2 hari dan bermalam semalaman di Lembing Riverview Resort, Sg. Lembing betul2 membuatkan aku seperti berada pada suasana kehidupan 40-50 tahun di belakang. Jambatan kayu yang di lalui kereta aku utk ke resort, laluan jalan kaki dengan jambtan gantung, paip air yg masih berupa gumba, pam minyak di tengah2 jalan, deretan kedai yg masih utuh dengan binaan kayu seeranya dll. Itulah zaman kegemilangan Sg. Lembing….

Amatan aku, disini 80% adalah kaum Tionghua, dan 80% jugaklah penghuni pekan ini adalah orang tua. Lingkungan umur 60 tahun ke atas. Dari pekerja sapu sampah di tepi jalan2, tuan punya kedai, malah pelayan kedai kopi pun adalah warga tua. Sekali tu, aku teserempak ada 2 orang aunty Cina yang berumur 60-an tahun sedang mengheret basikal mereka di pagi hari. Berkawan atau berjiran agaknya mereka, sedang melalui jambatan gantung, manakala aku dengan kereta sedang melalui jambatan kayu di sebelahnya, kedua2 kami sedang melintas sungai. Terasa seperti akulah orang kaya ketika zaman itu. Entah ke mana mau pergi mereka itu…..

Aku di sini asalnya terpanggil kerana mahu teman B berehat setelah berminggu2 B demam. Bukanlah demam teruk, tapi demamnya agak meleret. Sejak 2 minggu lagi B agk tidak sihat. Pulangnya dari Langkawi, udahlah memandu selama 12jam dari rumah, percutian keluarga selama 4 hari pula penuh dengan aktiviti di sana. Ditambah pula B lah yg menjadi pilot Toyata Hiace kami sepanjang di sana. Kami lah yang seronok bercuti disana. Seperti menukar giliran, memerlukan sedikit masa manja untuk diri B pula kini. Setelah google2 di salah satu website travelling, jumpalah Lembing Riverview Resort (LRR) ini hotel yang mendapat ranking kedua terbaik di Kuantan. Memang, kami sebenarnya memang mencari tempat yang dekat2 saja dengan rumah kami. Hanya untuk berehat dan tiada mau sebarang aktiviti kelak. Itu tidak lari dari plan asal. Cuma ketika itu, adalah beberapa pilihan sperti mahu di Cherating dengan Swiss Garden Resort, Eastern Pavillion juga di Cherating dan beberapa short list hotel di Kuantan ini saja. Mencari hotel yang agak selesa sesuai untuk rehat2 saja. Itu tugas aku. Dan akhirnya B memang tertarik bila saje aku sebut LRR, Sg. Lembing ini. Yang tertariknya adalah Sg. Lembing itu (bukan resortnya). Rupanya B memang pernah muda2 zaman sekolah dulu, memasang keinginan untuk sampai di sini. Setelah subjek sejarah di sekolah dulu disebut2 dengan aktiviti lombong bijih timah di Sg. Lembing.

p/s: gambar-gambar yang tiada warna di atas adalah di ambil dari simpanan arkib di resort kami tinggal.

Tegak sangatkah??

No Comments »

Cerita santai suatu petang d halaman rumah mak aku. b korek tanah utk abik ubi kayu lepas mak suruh. so ptg tu mkn la kami skluarga ubi kayu. aku suka cicah dg gula... korang suka cicah apa? coklat? sos? hehehhe...

Yang lucunye msa abis ubi d cabut, mak mtk la b tanam balik batang2 ubi tu. katanya nti blh mkn lg.. so b tunjuk terer cara dia tnam ubi.

utk lebih pencerahan cara penanaman sila scroll bawah............................kekeke



jgn tegak sgt. buat mcm menara condong pisa gtu...


antra 2 darjat... kiri mak tnam, kanan tu b tanam...hehe


condong mcm ni kan mak....

Sayonara 2011..

No Comments »

Tuptup dh 4 bulan aku xbuka blog..rindu terhadap dunia blogging muncul. Kesibukkan yang melampau membataskan smuanye. rutin harian, aktiviti hujung minggu yg sdh tersusun, membuatkan aku jika ada sedikit masa, mau aje rehat. boleh la sekejap2 mngadap drama korea.hikhik.. Oleh kerana 2011 pun dh d penghujung, terasa seribu satu kenangan lalu hinggap dalam diri. 2011, tahun yg indah, suka duka dlmnye menjadikan aku lbih matang..kununla..

Yang sdkit terkilan dlm 2011, tarikh 12 oct spatutnye aku ke Kota Kinabalu, ingin repeat balik ke sana dg p berdua aje dg b. memandangkan vacation terdahulu aku p reramai. yela bl reramai tu lbih kpd vacation. so mau repeat, knon2  lbih xplore klu p berdua, nmun terpaksa dibatalkan hasrat itu gara2 tarikh itu dekat sgt  dg kberangkatan mak n ayh ke kota suci Mekah mngerjakan haji. Tiket yg aku book dr awal tahun terpaksa aku letak dlm album aje..heheeh.. apapun kisah didalam 2011, smoga pengembaraan hidup ini sentiasa menjadi kenangan terindah utk masa sisa hdup mendatang.. sedih plk weh..waaa...soopsop..

n xlupa.... selamat datang 2012.
anywy, btul ke ada #*!$%& thun 2012?? 

p/s: apapn aku yakin kiamat itu urusan Allah swt. itu smua adalh dusta n hnyalah ramalan bg org yg sesat. jika bnr ada letupan, maka itu adlh fenomena alam smula jd. bila kiamat itu, tiada siapa pn yang thu............. (tazkirah pendek akhir tahun, jgn marah..)..:)