Inilah aku...

My photo
Aku menganggap segala yang terjadi dalam hidup ini adalah suatu pengembaraan. Akan ku tempuhinya sebaik-baik kerana itulah yang menjadi warna-warna perjalanan hidupku. Dan aku tiada berseorangan dalam dunia ini..

Sg. Lembing (2D1N), lubuk emas yang ditinggalkan-Part 2 (part last)


Perjalanan dari rumah kami mengambil masa 1jam lebih. Kami bertolak sebenarnya agak lewat bukanlah terlalu pagi. Akibatnya sudah tentu kami sampai pn agak lewat petang. Apa tidaknya, menyelesaikan beberapa urusan di Kemaman yang sesak dengan jalan yang banyak kereta pun 3-4 jam. Itu baru dua tiga urusan. Mmm… akhirnya dengan hati yang tenang kami sampai jugak di LRR, Sg Lembing sekitar jam 4 petang. Terus check-in, rehat sebentar, solat semua n kluar balik untuk lihat kawasan sekitar serta makan. Lapar beb mkn pagi je tadi!

menuju ke jeti

Bilik yang aku ambil ni berharga RM80 per malam. Since aku datang hari rabu, tiadalah tambahan caj untuk hujung minggu tu RM10. Senangnya aku bila2 masa blh bercuti. RABU hokeh! (uweeekk!!). Bilik aku memang aku pilih yang paling tepi sekali n bersebelahan dengan river. So feeling2 bangun pagi terus intai air berderu mengalir gitu. Tp masalahnya resort ni, bilik2 mereka ni xdop balkoni. Hanya ada teres untuk laluan turun tangga. Since bilik aku paling tepi, besebelahan dengan teres itu, aku menganggap teres laluan ini sebagai balkoni. Boleh? kuakuakua.. bangunan bilik aku sebenarnya blok 2 tingkat sekali dengan reception n tiada bilik d bahagian tingkat bawah, tingkat atas la semuanya bilik. Manakala di kawasan sebelahnya adalah berupa chalet berkembar. Ada beberapa buah chalet di situ. Yang xsyoknya chalet tu adlh krn balkoninya mngadap pintu masuk chalet sebelah. Kira pintu mngadap pintu. Bukan river. Ouucch! Itu sebabnya aku abik bilik yang d rekomen lady reception tu, bilik paling tepi kalau nak feeling2 air berderu. Kelasss gtu!

Keluar ronda2 n makan. Since dah lewat aku sampai, sempat aku pusing2 sekitar kampong dan ziarah tempat2 bekasan kilang, jambatan gantung tertua di sini, 1920an (if I m not mistaken), melihat panorama matahari nak terbenam dll, sebelum p makan. Nak diceritakan, masa aku duk tinjau2 bekas tapak kilang proses bijih timah, ada somebody cina, kira uncle la duk ambil2 gambar jugak. B yg mesra tu tegurla… rupanya dia orang sini, tapi bagus, dia tengah ambil gambar burung sebenarnya masa tu sambil snap jgak panorama sekitar sini. Patutla aku tengok camera di lehernya tergantung. Ingatkan pelancong macam haku. Yang jadi ceritanya, lama la plak B duk borak, dari cerita burung sampai la kisah zaman2 kegemilangan kampong ni dulu. (asal aku eja kampong mcmni). Rupanya uncle ni pernah sekejap keje di kilang ni dulu, sempat jgk masa dia muda dulu. Namun xlama, dia berhijrah ke KL untuk dapatkan kerjaya yang lebih baik. N rupanya uncle ni arkitek dan yang syok dengarnya, uncle ni aktif dalam penulisan n dia jgk wartawan. Huh! Patutla aku dengar dia duk bercerita pasal Sg. Lembing ni siap hafal rentetan peristiwa dengan bulan n tahun2 sekali. Dalam hati aku masa tu eh uncle ni mcm wartawan. Memang pun rupanya. Dah last2 tu baru dia gtau dia penulis n wartawan. Pernah kerja sambilan dengan semua akhbar cina dalam Malaysia ni. Bagus2…

Maghrib dah. B mintak diri. Kami berpisah dengan uncle tu. Perut pun dah lapar. So aku pusing2 masuk pekan, cari restoren. Yang aku jumpa sebuah warung tepi jalan. Asalnya B tertarik dengan bannernya tertulis mee jawa. Kami berhenti di sini. Order mee jawa xdak la plak. Aduuh… mgkin bukan rezeki kami. So makan masakan panas yang lain. Besnya makan kt sni. Murah giler bagi aku. Kalau kat Kemaman jgn mimpi la nak dapt klu makan mlam masakan panas, skali dengan air ais, n tapau roti canai lagi untuk dua orang. Akhirnya bayar RM10.80. Memang murah….Abis makan kami pulang ke resort saje. Selepas kendiri dan solat kami rehat2 dan sdah tentu zzzzzzzzz.. J

Keesokkan pagi kami jugak bersantai2 lagi. Tidak la kami rushing kemana-mana, selepas kluar bilik kami melawat sekitar pekan lagi. Kali ni singgah di Mezium Sg. Lembing. Menarik mezium ni. Dijaga rapi untuk pelancong. Kat sini kita akan dapat banyak lagi info2 tentang Sg Lembing masa zaman kegemilangannya. Dari sebelum ditempatkan kilang sehinggalah ia menjadi kenang2an sperti sekarang. Ohya sebelum melawat mezium tu, aku melawat bekas tapak kilang lg. Pd petg aku sampai tu dh melwat kan tp pg ni aku xplore lagi smp ke atas bukit aku naik. Dengan kreta la tu. Kalau dg kaki aku malas la kan. Kata nak relax2 je. Kang balik kaki bengkak. Kekeke.. Sebenarnya masih banyak sisa2 buangan dan kesan2 bangun yang ditingglkan. Dan menariknya bila aku jumpa batu2 yang ada terkandung bijih2. Kami kat situ agak lama jugak. Lepas snap bbrp gambar kami turun. Menuju mezium aku ckp tadi. 

terjumpa batu yang mengandungi bahan logam

muzium Sg. Lembing, Kuantan


Antara panorama waktu pagi di kaw bukit- masih berkabus


matahari mulai terbit

Antara kehijauan yang masih kekal

Resort kami tinggal

Tinggalan di tapak kilang- ntah namanya

B cuba tgk- dalam sangat sebenarnya lubang tu


So mcm biasa la kan, mezium macamna smuaorg tahu aku agak. Cuma aku nk kongsi kt sini, pasal peralatan pejabat yang di gunakan masa operasi lombong tengah kencang tu. Yang aku tgk banyak la, ntah apa ntah mesin mak nenek ada. Mesin kalkulator pn besar gedabak ko. Besar tv mcm tu hah. Tp apa nak heran kan kata barang antic memang la kita tgk pelik. Yg x pelik aku jumpe jgk. Mesin taip. Kt dlm mezium tu bagaikan apa duk jga siap letak dalam cermin. Yg xpelik aku ckp sbb mesin taip macam tu kat pejabat aku p nada. Hoh! Masih lg digunakan kahkahkah.. kelazz pejabat aku. Time2 nk taip sebijik dua huruf kt kertas aku selalu guna mesin taip tu.
Sampai la tengahari jgk aku duk merendek kt pekan dia. Lapar pn dh lapar. So kami lunch rembat je restoren yang ternampak. Sbnrnya bukan la restoren sgt pn, warung gitula. Sekali lg kos lunch kami murah. Lunch RM10 je utk dua orang. Hidup pn tak tertekan kat sini. Almklumla living cost agak murah kan… kedian, kami balik resort. Rasanya dah xde tempt kami nk lawat. Air Terjun Pelangi punya tempat rekreasi kami x p pn. Sebab kena naik 4w drive n minimum 4 org. Fare RM40/pax. Owner resort ada tanya jgk kami smda nak pergi ke x. sebab katanya boleh joint venture dgn group Singaporean yg ada trip pg tu. Tp aku refuse je offer dia. Kami nak berehat2 saja kan…
Lepas zohor sepatutnya masa kami checkout. Tp dah mintak izin nak checkout lambat skit. Ambil kesempatan kat situ, sebelum waktu zohor, kami p mandi sungai sebelah resort je. Air pn cetek so xdela aku nak berskil bagai. Mandi pun cara meniarap je. Seb bek xde orang. B pulak sibuk suruh aku berhati2 time mandi tu. Bukan takut hilang nyawa bini, tapi katanya suruh aku sambil mandi tu tgk2 kan jugak pasir bwah air. Kot2 ada jumpe emas. Hampeh! Pasir sungai tu mmg sentiasa ada kilauan kan. Kang mana tau kata B jumpe emas setengkol. Nti boleh datang hari2 ke sini katanya. Kahkahkah….
Abis mandi sungai, kendiri terus dan akhirnya kami pulang. Cukupla percutian ni 2hari 1malam. Ini adalah hadiah buat B. Tinggal la dulu Sg Lembing…….

This entry was posted on and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply