Aku memang suka menjahit. Bukan lah niat nak bagitau perempuan melayu terakhir ke hapa. Tapi menjahit ni memang menjadi satu projek yang sentiasa ada dalam kehidupan aku ni. Tapi time nak menjahit, mesti la mood aku tengah berapi2 gitu. Barulah hasilnya cemerlang marbeles. padahal so-so ajeh. kahkahkah..
Hah jangan terkejut bukan aku yang nak bertunang ni,. Ni aku jahitkan jubah pertunangan untuk adik aku. Sebagai hadiah di majlis pertunangannya semalam. Adik aku ni memang suka jubah... Dia yang nak bertunang, aku plak yang xcited. Beriya2 kakaknya duk bersiap membilang hari majlis. Time hari tunang plak, kakaknya sekali lagi berdebar2 menunggu rombongan. Manalah tau adik aku pengsan, aku lah nak jadi penggantinya. Bakal mak mertuanya boleh pinjam jari aku. kahkahkah...
Aku bertiga perempuan dalam famili. Dialah adik perempuan aku yang bongsu. Biasanya aku p mana2 pun dialah yang teman ada selalu. Kadang2 rsa sedih jgk. Yelah nanti dah jadi milik orang xleh la aku bebas2 nak gunakan dia. Yang biasanya kalau p mana2 dia bawak barang, jaga anak buah time majlis apa2 kat rumah, basuh pinggan dan macam2 lagi. Yang kena suruh itu ini pun dialah. Tapi apakan daya jodohnya sudah sampai. Semua tu akan berlaku jika sampai masanya. Apapun adik aku ni masih belajar, umur pun baru 20 tahun. Yang tegasnya mak aku memang suh abiskan belajar jugak since umo nyer pun masih muda.. N mereka berdua ni memang ada perancangan nak teruskan belajar lepas nikah. Itu dari aku dengar2 la. Bakal suami adik aku tu dulu pernah belajar kat Yaman. Tapi oleh kerana pergolakkan yang berlaku di sana, dia tangguhkan pelajarannya dan balik Malaysia dulu. FYI, mak ayah aku plak jenis anak-anaknya kawen awal. Termasuk haku. So nak kata adik aku tu gatal tak boleh la kan. hikhik...
Design sendiri dan konsep hitam putih aje aku buatkan untuk baju tu. Simple aje sebenarnya tapi oleh kerana percaturan warnanya, ia agak menarik. (perasan ke haku!)
Jomlah kita cuci2 mata.
macam tahi cicak tak?.. x kan. ala... macan yin dan yan tu.. keh3 |
Apapun, majlis pun dah selesai. Buat adikku sayang selamat bertunang dan insyallah, jodoh kesampaian dengan orang yang dicintai itu. Jagalah akhlak dan nama baik keluarga. Jangan makan manis2 lagi sebab darah ko tu dah manis. kahkahakah
cincin yang sudah menjumpai pemiliknya |
p/s: oh ya aku byk dpt offer mintk jahitkan bju raya taun depan since lps rmai tgk bju tunang adik aku ni. aku jwb xleh sbb aku ni bukan tukg jhit koman spanar punyer. aku pereka xklusip tahap gaban punyer. haha