Bersambung dari part 1 di sini
HORAS MEDAN! 5Hari 4Malam
|Polonia Airport(Kota Medan)> Permatang Siantar> Parapat> Danau Toba> Pangururan(Pulau Samosir)> Kabanjahe (Tigapanah)> Berastagi> Kota Medan|
*********************************************************************************
Tempat aku berangan. Cakkkk!! |
Oh ya aku lupa, sebelum kami
keluar pekena teh susu yang tak berapa nak menjadi tu, aku sempat lepas
check-in tu duduk-duduk direstorn resort tepi tasik. Sempat snap beberapa
keping gambar dalam menanti sang matahari terbenam. Sungguh cantik
permandangannya. Nak-nak aku yang ambil gambarnya. Wakakaka.. Damai tersangat… Hilang abis formula kerja
fx, dy, torque, gaban, satria baja hitam, oltromen toro bagai… err korang tau
ke??
Dipendekkan cerita, balik dari warung
teh susu tak menjadi tu, singgah sebentar lagi kat
restoran resort sebelum masuk bilik. Since malam memang tak ada aktiviti, memang agak sunyi dan
kami agak boring. Kalaula ada jamming musik boleh jugak aku berjoget-joget.
Errkk ampun mak!
Memandang ke tasik pada waktu malam
terasa macam dalam kubur. Hilang terus mood nk berjoget. Terus mulut ni
berzikir mengucap Subhanallah. Dalam keadaan sunyi aku melihat bintang berkelip,
tasik, gunung ganang sekeliling lalu aku ni terfikir, sudah pasti ada pemiliknya
semua ini. Aku rasa memang patut orang Islam memikirkan begini. Tak lain tak bukan siapa lagi kalau tidak kita fikrkan ALLAH SWT. Rasa keinsafan
terus ke dada, bersyukur aku Ya Allah kerana memilih aku mendapat nikmat
terbesarMu, Iman dan Islam… Bertambahan pula masa dalam perjalanan ke sini siang hari
tadi, sepanjang bas melalui perkampungan orang kaum Batak, rumah mereka selang
seli dengan kubur di tepi rumah. Ada sesetengahnya hampir satu lot rumh banglo
diorang jadikan monumen orang yang dah mati. Monument konkrit bertingkat
atasnya berlambangkan salib, sudah tentu mereka kaum Batak ini beragama
Kristian. Memang majoriti kaum Batak adalah Kristian pun. Pada awalnya aku berprasangka
monument itu sudah pasti milik orang kaya ataupun tuan tanah. Rupanya bila
ditanya, itu adalah kubur ibubapa tuan rumah berdekatan. Tidak kira miskin atau
kaya, itulah adat mereka. Dikebumikan ibubapa mereka disebelah rumah adalah
seperti diberi tanda hormat malah tanggungjawab seorang anak seolah-olahnya
diberikan rumah baru untuk kehidupan baru orang tua mereka. Aku tanya lagi tak
takut kubur ke malam-malam? Terbayang aku hantu mak jemah. Hahahaaa… Jawapan
mereka “ Sudah biasa buk. Mereka itukan naik ke syurga”. Errk..@#$%^&*
Udahla upacara pengkebumian
mereka ni memakan masa sampai hampir seminggu mengikut ramai mana ahli keluarga.
Semakin tua seseorang itu, semakin ramai sanak saudara, semakin lama la upacara
pengebumian si mati. Lagi pulak, kos pengebumian adalah tinggi kerana perlu
menjamu kenduri sanak saudara, jiran tetangga sampai kena sembelih kerbau lembu
bagai. Dua tiga kali aku terserempak dengan majlis orang mati sepanjang
perjalanan datang dan balik ke sini. Sudahla lepas upacara, kebumikan sampai
satu lot tanah untuk dijadikan kubur. Dibuatnya monument konkrit mesti habis
beribu-ribu wangnya… Makin kaya si mati, makin besarla tugu mereka. Ada tu aku
tengok macam candi Borobudur siap berukir-ukir lagi. Tinggi monument sama pokok
kelapa. Bentuk macam kon aiskrim tu. Tengok kon macam aiskrim terliur bukan main. tapi bila ingat ada tulang mayat terus kering tekak. Rupanya dia adalah seorang jeneral di Kota
Medan. mmmh.. Islam tidak begitu. Islam
mengajar manusia itu sama taraf kecuali taqwanya. Itulah indahnya Islam. Aku ni
bukan ustajah. Tapi ustazah cakap kt aku macam tu la. Err nak berjoget lagi??
Tido malam ni aku lena.
Sebenarnya aku ni jenis lena dimana-mana saje. Dalam kereta ke, dalam stor ke,
kat eport pun aku boleh tido… kat padang berkawat pun aku boleh hahah…
Reception resort kami |
Seawal subuh badan aku segar
betul. Rasa tak sabar nak keluar untuk next exploration.. Menunggu kawan-kawan
aku yang lain bersiap, aku duduk-duduk dibalkoni bilik. Permandangan cantik
walaupun resort di depan tu agak kacau permandangan tasik sikit. Ohya, lupa
aku, bilik hotel aku ni harganya Rp160K sebilik per malam. Kami abik 2 bilik
untuk satu malam. So satu bilik kami share berdua. Bilik termurah adalah Rp75K.
kami nak yang tu aje. Tapi dah penuh. Jadi terpaksa la. Okla dapat Rp160K, sorang
baru Rp80K (RM27). Tapi kalau dapat Rp75K tu share berdua lagi hokey. Kurang la
bergegar poket aku hohohoh… Nama resort aku ni Carolina Hotel. Rupanya hotel ni
antara hotel terhebat di sini. Orang-orang kaya ramai yang duk sini. Sebenarnya
sebelum duk sini kitaorng tau pun. Aku tangkap muat je resort ni. Ntah biliknya
pun so-so je pun, n kalau siang-siang aku tau resort ni untuk orang kaya
mungkin aku tak pilih resort ni kot. Tak adventure langsung duk dengan orang
kaya hahaha..
Bayangkan kalau pengantin menuruni tangga ni. Cun kan? |
Ni gambar-gambar yang aku sempat snap masa menunggu pak matahari mengintai. Jom cuci mata. Siap sedia dengan spek polaris. Kang buta aku tak tanggungjawab. Ahaksss...
Ok sambung cerita...,
Lepas mak-mak datin aku ni siap
kami abik guide dari resort je untuk pusing pulau. Booking kat kaunter n bayar
Rp400K(RM135) untuk sebuah kereta Toyota Innova. Bermakna kami seorang cajnya
lebih kurang RM32. Okla kan.. kedekut sangat bukan boleh beranak kembar pun duit tu kalau asyik disimpan aje. Macam
orang kaya masing-masing terus lupa hutang bertepek kat negara sendiri. Diikut
saje kemana kami mau pergi untuk seharian ni, pusing satu pulau. Untuk maklumat
siapa yang belum faham sangat pasal Danau Toba ni, sebenarnya namanya Danau
Toba adalah sebuah tasik. Dalam tasik ni ada satu pulau yang dinamakan Pulau
Samosir. Di tanah besar untuk ke pulau ni dinamakan Parapat. Itulah last
destination dari Kota Medan jika kita mau ke Danau Toba. Ada sesetengah orang
untuk dapatkan view tasik mereka cari hotel di Parapat saje. Banyak jugak hotel
di sini yang permandangannya menghala ke tasik ini. Tapi yang syoknya adalah
pulau di tengah-tengah Danau Toba nila. Pulau Samosir, sebesar 2kali ganda
Singapore. Kaum Batak berasal dari sini, terdapat monumen-monumen beratus tahun malah
bekas-bekas peninggalan mereka seperti tempat hukuman pesalah masih kukuh
disini. Selain tu bentuk muka bumi juga menjadi faktor tarikan untuk kita
bermalam di pulau ini. Berpandangan sawah, kebun sayur, bukit, malah cuaca
berkabus juga dipagi hari. Pagi-pagi celik mata saje terus menjelajah. Terasa
sekejap sahaja malah seperti tak cukup seharian…
Di pulau kami bermula dengan Ambarita
a.k.a. Mezium Batak. Terletak 5km dari resort kami, Carolina Hotel di Tuk Tuk. Di sinilah
aku belajar perkataan HORAS. Adalah bahasa Batak, bermaksud selamat, salam,
hai, apa kabar, jumpa lagi (dll seangkatannya). Kelas kan pulun abis satu
perkataan tu. Hado!
Rumah asal cuma atap aje diganti (katanya) |
Rumah korang ado?? |
Faham? kalau tak duk diam |
Apa-apa aje la |
Tak reti baca? Buta huruf la tu |
Masuk sini dikenakan bayaran Rp6K
seorang dan khidmat panglipulara (guide dalam ni yang duk bercerita sejarah
Batak) adalah Rp20K seorang. Tapi mungkin rezeki kami diorang abik lump sump
untuk kami empat orang khidmat panglipulara tu Rp50K sahaja. Aku rasa semua
pelancong yang datang ke Medan ni akan hinggap di Ambarita Batak ni. Termasuk
haku and the geng. Dekat 2 jam kami di sini. Tempat ni adalah perkampungan
kecil yang diperintah oleh seorang raja bernama Siallagan. Rajanya seorang yang
disanjung mulia, tegas dan adil malah ditempatkan di syurga lepas mati. Hello2…
aman tak pak raja? Bidadari ramai?..!
Cerita paling unik adalah kisah
cicak dengan payudara. Iskk korang nak tu gak ke? Apa kaitan cicak dengan
payudara ni agak-agaknya? Meh sini aku cerita.. Rumah Batak biasanya akan ada
symbol ukiran cicak dengan empat biji (biji kerr) payudara di dinding luar. Diibaratkan
cicak ni ada dimana-mana, maka orang Batak itu boleh hidup dimana-mana.
Payudara tu adalah ibu, bermaksud dimana sahaja orang Batak jauh di rantau
orang, terutama kaum lelaki yang berhijrah, akhirnya dia akan pulang jua di
tanah air, Pulau Samosir inilah asal mereka. Ataupun kalau mereka tak pulang
pun, takkan mereka lupakan asal usul mereka. Mereka bangga menjadi orang Batak,
yang asalnya kaum mereka adalah dari Pulau Samosir atau lebih dikenali Tuk Tuk
Siadong ni. Itulah maksud cicak mengadap payudara. Bukan cicak miang giler seks
hokeh! Oppss..!!
Tapi aku confius jugak kenapa sampai
empat payudara? Lupa pulak nak tanya mungkin sepasang payudara tu okla kalau
dikatakan ibarat ibu. Yang lagi sepasang tu sape punya ye. Bini??? Ke diri
sendiri??
Cicak gatal |
Nasib baik pagi sebelum bertolak
aku makan roti je alas perut. Kalau perut penuh dengan nasi lemak ayam, abis
la. Nak termuntah aku dengar. Yela tak pasal-pasal awal pagi cerita cicak
dengan payudara. Terbayang-bayang aku cicak
ataupun ekor cicak melenting-lenting. Tambahan pula dikatanya orang
Batak dahula kala mahukan anak seramai 30 orang satu keluarga. Barulah dikira
hebat sang jejantan itu. Macam tak ada kerja lain diorang ni. Mmmh memang
sesuai la tu cicak mengadap payudara ajeh. Lepas cerita cicak kami di ajak naik
ke dalam salah satu rumah asal orang Batak di sini.
Rupanya ada seorang puteri yang tak berapa nak jadi puteri duk menenun kain. Apapun cantik sangat kain dia. Besar dan lebar boleh dibuat selimut. Lebih kurang songket gitu. Cuma tak adalah liplap-liplap benang songket tu. Boleh jugak dibuat alas meja kalau korang mak datin. Yela harga pun beratus-ratus RM sehelai. Harga paling mahal untuk kualiti terbaik adalah Rp400K sehelai. Dibodeknya kami untuk membeli. Patutlah penerangan tentang kain ni hebat sangat. Terdesak dengan itu kami nak turun sahaja sebab memang tak bercadang pun nak shopping kea pa dalam mezium ni. Agak kurang selesa bila asalnya dating melawat kini dah jadi sessi jual beli. Mood pun jadi lain. Apapun dari harga Rp450K, sorang kawan aku cabar dengan harga Rp200K sambil berjalan keluar. Akibat terdesak jugak sang puteri tak siap ni dia bagi jugak dengan harga tu. Sebenarnya kawan aku tak sangka pun dia sanggup jual dengan harga tu, tapi lebih kepada keercayaan mereka, rezeki di awal pagi adalah penting. Mau pecah telur katanya. Apa2 aje korang mau pecah telor, poket haku pun pecah! Apapun memang tersangat murah kawan aku tu dapat. Sebab lepas pergi dari situ kami ada terjumpa kedai yang jual produk sama. Aku konon ada tawar jugak tapi memang diorang tak lepas harga yang kawan aku dapat tu. So kira untung jugak kawan aku. Lepas ni bolehla berbangga ada blanket Batak kahkahkah…
Puteri 500 tahun |
"Jap lagi aku spin sampai ko beli" |
Rupanya ada seorang puteri yang tak berapa nak jadi puteri duk menenun kain. Apapun cantik sangat kain dia. Besar dan lebar boleh dibuat selimut. Lebih kurang songket gitu. Cuma tak adalah liplap-liplap benang songket tu. Boleh jugak dibuat alas meja kalau korang mak datin. Yela harga pun beratus-ratus RM sehelai. Harga paling mahal untuk kualiti terbaik adalah Rp400K sehelai. Dibodeknya kami untuk membeli. Patutlah penerangan tentang kain ni hebat sangat. Terdesak dengan itu kami nak turun sahaja sebab memang tak bercadang pun nak shopping kea pa dalam mezium ni. Agak kurang selesa bila asalnya dating melawat kini dah jadi sessi jual beli. Mood pun jadi lain. Apapun dari harga Rp450K, sorang kawan aku cabar dengan harga Rp200K sambil berjalan keluar. Akibat terdesak jugak sang puteri tak siap ni dia bagi jugak dengan harga tu. Sebenarnya kawan aku tak sangka pun dia sanggup jual dengan harga tu, tapi lebih kepada keercayaan mereka, rezeki di awal pagi adalah penting. Mau pecah telur katanya. Apa2 aje korang mau pecah telor, poket haku pun pecah! Apapun memang tersangat murah kawan aku tu dapat. Sebab lepas pergi dari situ kami ada terjumpa kedai yang jual produk sama. Aku konon ada tawar jugak tapi memang diorang tak lepas harga yang kawan aku dapat tu. So kira untung jugak kawan aku. Lepas ni bolehla berbangga ada blanket Batak kahkahkah…
Stone Chair |
Tak faham jugak?? |
Di Ambarita ni kisah The Stone
Chair ni adalah paling top. Pasal kerusi batu tu aku rasa eloklah sapa2 yang
akan pergi mendengar sendiri kisahnya. Agak unik kerana sampai sekarang
kerusi-kerusi batu tersebut masih ditempat asalnya tiada beralih. Malah sedikit
kagum dengan bangsa kaum Batak ni. Bagi aku sebenarnya kaum Batak ni bertamadun
dari segi pendidikan. Ni kerana mereka punyai tulisan sendiri. Mana-mana bangsa
dahulu yang gagah dan bertamadun, bukankah mereka punyai tulisan sendiri.
Itulah Batak, dalam duk kuno pasal adat dan kepercayaan, mereka maju dari segi
pendidikan. Syabas!
Lepas tu kami ke Simanindo, 19km.
Mezium batak lagi. Bukan yang tadi. Ini mezium lain. Sampai je, ya ampun buruk
giler tempat ni. Pintu gerbang pun nak runtuh. Dah la pakai daun je atapnya.
Taktau nak cakap apa. Kami tak lama di sini. Macam zoo ular pun ado. Takut aku
atas bawah aku berhati-hati. Sayang betul diorang tak jaga khazanah tinggalan
nenek moyang. Mezium ni terdapat rumah lama juga. Malah di sini ada persembahan
tarian tradisional orang Batak. Dikatakan persembahan tu dua kali sehari. Show
pertama pada jam 10.30 pagi, keduanya pada jam 11.30 pagi. Tak pasti aku berapa
pula bayaran yang akan dikenakan. Kalau masuk sini, percuma. Sekejap sahaja,
kami beredar lagi.
Nak ke tempat tenunan kain pula. Dikenali Lumban Suhi Suhi, 33km. Sebuah
perkampungan kecil orang Batak yang kebanyakkan tradisi penduduknya membuat
ULOS. Ulos tu adalah blanket Batak. Macam nama computer kan? Aple, Acer, Vior,
ULOS.. Haahahha.. Sesampai je kecewa,
mereka tak bekerja hari ni, tutup. Terjimat masa di situ. Oh ya sepanjang
perjalanan kami ke tempat- tempat ini, banyak la aku tengok rumah, monument
kubur, gereja, gerai dan lain-lain di tepi jalan. Sebenarnya kehidupan mereka
agak klasik dan bersahaja. Diselang seli dengan tanah kebun sayur yang sedang
menyubur, takkan dapat kita lihat di
Malaysia. Kehidupan mereka tidak terdesak dengan masa. Sekadar bekerja untuk mencari
sesuap nasi, tiada endah pada darjat dan pangkat. Anak-anak kecik sibuk bermain
di halaman rumah, ayam kambing sibuk mengunyah ulat dan daun, udara yang bersih
membuatkan hati kita rasa tenang dan damai. Kalau aku duk sini mau mengantuk
sepanjang masa. Hahaha.. Tiada kenderaan pun hanya kereta aku sahaja ketika ni,
seperti jalan kampung ni bapak aku yang punya..hohoho
Emas ada tak? |
Destinasi kami seterusnya adalah
kolam air panas. Aku lupa nama tempat ni. Apapun tak bes langsung tempat ni.
Tempat ni bukit yang ada mata air panas. Tak syoknya diorang majukan tempat ni
dijadikan bilik air berkolahkan air panas. Bukan kolam tapi kolah. So kalau nak
mandi air panas, korang kena cedok dan jirus ke badan sendiri seperti mandi di
kolah masjid gitu. Aduuhh… baik aku masak air panas then letak dalam baldi tak
perlu bayar ribu-ribu rupiah… setakat snap sekeping dua permandangan bukit
putih ni, kami beredar. Dah la mula-mula entrance dia sampah
berlonggok-longgok. Tak jaga langsung. Tak tau ke tempat haruslah bersih kalau
pelancong nak dating. Menteri pelancongan dia tak tau la buat apa. Kalau kita,
makcik Yen Yen tu siap wat acara menari poco-poco nak tarik pelancong wakakaka….
Sampai jugak kami di sini... |
Akhirnya kami abik keputusan mahu
meneruskan perjalanan ke Pangururan. Pangururan ni adalah tempat di hujung
pulau untuk menyeberangi pulau di sebelah sana. Ketika ini waktunya sudah lewat
tengahari. Tidak berpatah balik ke Parapat, kami ambil jalan seperti bulatan
dari Kota Medan ke Pulau Samosir ke Kota Medan semula. Pangururan masih lagi di
dalam pulau, tapi ia adalah pekan kecil (agak besar sebenarnya) untuk ke tanah
besar. Di sini terdapat pasar, kedai-kedai, dan lain-lain seperti juga Parapat.
Apa yang ada di Pangururan? Buat
apa kami di sini? Kini kisah kami di Pulau Samosir hampir tamat? Ikuti entri
seterusnya jenggjenggjenggg…..
Kereta untuk ke Pangururan |
Bersambung…