Inilah aku...

My photo
Aku menganggap segala yang terjadi dalam hidup ini adalah suatu pengembaraan. Akan ku tempuhinya sebaik-baik kerana itulah yang menjadi warna-warna perjalanan hidupku. Dan aku tiada berseorangan dalam dunia ini..

Medan, Indonesia Part 2


Bersambung dari part 1 di sini

HORAS MEDAN! 5Hari 4Malam

|Polonia Airport(Kota Medan)> Permatang Siantar> Parapat> Danau Toba> Pangururan(Pulau Samosir)> Kabanjahe (Tigapanah)> Berastagi> Kota Medan|
*********************************************************************************


Carolina Hotel

Carolina Restoran

Tempat aku berangan. Cakkkk!!
Oh ya aku lupa, sebelum kami keluar pekena teh susu yang tak berapa nak menjadi tu, aku sempat lepas check-in tu duduk-duduk direstorn resort tepi tasik. Sempat snap beberapa keping gambar dalam menanti sang matahari terbenam. Sungguh cantik permandangannya. Nak-nak aku yang ambil gambarnya. Wakakaka..  Damai tersangat… Hilang abis formula kerja fx, dy, torque, gaban, satria baja hitam, oltromen toro bagai… err korang tau ke??

Dipendekkan cerita, balik dari warung teh susu tak menjadi tu, singgah sebentar lagi kat restoran resort sebelum masuk bilik. Since malam memang tak ada aktiviti, memang agak sunyi dan kami agak boring. Kalaula ada jamming musik boleh jugak aku berjoget-joget. Errkk ampun mak!

Memandang ke tasik pada waktu malam terasa macam dalam kubur. Hilang terus mood nk berjoget. Terus mulut ni berzikir mengucap Subhanallah. Dalam keadaan sunyi aku melihat bintang berkelip, tasik, gunung ganang sekeliling lalu aku ni terfikir, sudah pasti ada pemiliknya semua ini. Aku rasa memang patut orang Islam memikirkan begini. Tak lain tak bukan siapa lagi kalau tidak kita fikrkan ALLAH SWT. Rasa keinsafan terus ke dada, bersyukur aku Ya Allah kerana memilih aku mendapat nikmat terbesarMu, Iman dan Islam… Bertambahan pula masa dalam perjalanan ke sini siang hari tadi, sepanjang bas melalui perkampungan orang kaum Batak, rumah mereka selang seli dengan kubur di tepi rumah. Ada sesetengahnya hampir satu lot rumh banglo diorang jadikan monumen orang yang dah mati. Monument konkrit bertingkat atasnya berlambangkan salib, sudah tentu mereka kaum Batak ini beragama Kristian. Memang majoriti kaum Batak adalah Kristian pun. Pada awalnya aku berprasangka monument itu sudah pasti milik orang kaya ataupun tuan tanah. Rupanya bila ditanya, itu adalah kubur ibubapa tuan rumah berdekatan. Tidak kira miskin atau kaya, itulah adat mereka. Dikebumikan ibubapa mereka disebelah rumah adalah seperti diberi tanda hormat malah tanggungjawab seorang anak seolah-olahnya diberikan rumah baru untuk kehidupan baru orang tua mereka. Aku tanya lagi tak takut kubur ke malam-malam? Terbayang aku hantu mak jemah. Hahahaaa… Jawapan mereka “ Sudah biasa buk. Mereka itukan naik ke syurga”. Errk..@#$%^&*

Udahla upacara pengkebumian mereka ni memakan masa sampai hampir seminggu mengikut ramai mana ahli keluarga. Semakin tua seseorang itu, semakin ramai sanak saudara, semakin lama la upacara pengebumian si mati. Lagi pulak, kos pengebumian adalah tinggi kerana perlu menjamu kenduri sanak saudara, jiran tetangga sampai kena sembelih kerbau lembu bagai. Dua tiga kali aku terserempak dengan majlis orang mati sepanjang perjalanan datang dan balik ke sini. Sudahla lepas upacara, kebumikan sampai satu lot tanah untuk dijadikan kubur. Dibuatnya monument konkrit mesti habis beribu-ribu wangnya… Makin kaya si mati, makin besarla tugu mereka. Ada tu aku tengok macam candi Borobudur siap berukir-ukir lagi. Tinggi monument sama pokok kelapa. Bentuk macam kon aiskrim tu. Tengok kon macam aiskrim terliur bukan main. tapi bila ingat ada tulang mayat terus kering tekak. Rupanya dia adalah seorang jeneral di Kota Medan. mmmh.. Islam tidak begitu. Islam mengajar manusia itu sama taraf kecuali taqwanya. Itulah indahnya Islam. Aku ni bukan ustajah. Tapi ustazah cakap kt aku macam tu la. Err nak berjoget lagi??

Tido malam ni aku lena. Sebenarnya aku ni jenis lena dimana-mana saje. Dalam kereta ke, dalam stor ke, kat eport pun aku boleh tido… kat padang berkawat pun aku boleh hahah…

Reception resort kami

Seawal subuh badan aku segar betul. Rasa tak sabar nak keluar untuk next exploration.. Menunggu kawan-kawan aku yang lain bersiap, aku duduk-duduk dibalkoni bilik. Permandangan cantik walaupun resort di depan tu agak kacau permandangan tasik sikit. Ohya, lupa aku, bilik hotel aku ni harganya Rp160K sebilik per malam. Kami abik 2 bilik untuk satu malam. So satu bilik kami share berdua. Bilik termurah adalah Rp75K. kami nak yang tu aje. Tapi dah penuh. Jadi terpaksa la. Okla dapat Rp160K, sorang baru Rp80K (RM27). Tapi kalau dapat Rp75K tu share berdua lagi hokey. Kurang la bergegar poket aku hohohoh… Nama resort aku ni Carolina Hotel. Rupanya hotel ni antara hotel terhebat di sini. Orang-orang kaya ramai yang duk sini. Sebenarnya sebelum duk sini kitaorng tau pun. Aku tangkap muat je resort ni. Ntah biliknya pun so-so je pun, n kalau siang-siang aku tau resort ni untuk orang kaya mungkin aku tak pilih resort ni kot. Tak adventure langsung duk dengan orang kaya hahaha..

Bayangkan kalau pengantin menuruni tangga ni. Cun kan?

Ni gambar-gambar yang aku sempat snap masa menunggu pak matahari mengintai. Jom cuci mata. Siap sedia dengan spek polaris. Kang buta aku tak tanggungjawab. Ahaksss...








Ok sambung cerita...,

Meloncat-meloncat hati aku menunggu diorang, berjanggut sorang-sorang bersiap. Lama betul! Berak batu agaknya pagi-pagi. Aku turun sorang-sorang konon nak abik air panas. Padahal aku nak p tengok sang matahari terbit pulak. Kang terlepas pulak aku matahari nak naik. Berjiwang aku sorang-sorang menuruni anak tangga yang dipenuhi daun-daun berguguran. Macam kat Korea la pulak. Ala-ala cite Winter Sonata gitu. Nan hado!


Kereta kami sepanjang pulau


Pak supir kami. Nama dia salah satu jenama ubat gigi. Cer teka (wakakaa)

Mulai menyusuri kampung

Lepas mak-mak datin aku ni siap kami abik guide dari resort je untuk pusing pulau. Booking kat kaunter n bayar Rp400K(RM135) untuk sebuah kereta Toyota Innova. Bermakna kami seorang cajnya lebih kurang RM32. Okla kan.. kedekut sangat bukan boleh beranak kembar  pun duit tu kalau asyik disimpan aje. Macam orang kaya masing-masing terus lupa hutang bertepek kat negara sendiri. Diikut saje kemana kami mau pergi untuk seharian ni, pusing satu pulau. Untuk maklumat siapa yang belum faham sangat pasal Danau Toba ni, sebenarnya namanya Danau Toba adalah sebuah tasik. Dalam tasik ni ada satu pulau yang dinamakan Pulau Samosir. Di tanah besar untuk ke pulau ni dinamakan Parapat. Itulah last destination dari Kota Medan jika kita mau ke Danau Toba. Ada sesetengah orang untuk dapatkan view tasik mereka cari hotel di Parapat saje. Banyak jugak hotel di sini yang permandangannya menghala ke tasik ini. Tapi yang syoknya adalah pulau di tengah-tengah Danau Toba nila. Pulau Samosir, sebesar 2kali ganda Singapore. Kaum Batak berasal dari sini,  terdapat monumen-monumen beratus tahun malah bekas-bekas peninggalan mereka seperti tempat hukuman pesalah masih kukuh disini. Selain tu bentuk muka bumi juga menjadi faktor tarikan untuk kita bermalam di pulau ini. Berpandangan sawah, kebun sayur, bukit, malah cuaca berkabus juga dipagi hari. Pagi-pagi celik mata saje terus menjelajah. Terasa sekejap sahaja malah seperti tak cukup seharian…

Perkampungan Siallagan


Di pulau kami bermula dengan Ambarita a.k.a. Mezium Batak. Terletak 5km dari resort kami, Carolina Hotel di Tuk Tuk. Di sinilah aku belajar perkataan HORAS. Adalah bahasa Batak, bermaksud selamat, salam, hai, apa kabar, jumpa lagi (dll seangkatannya). Kelas kan pulun abis satu perkataan tu. Hado!


Horas!

Rumah asal cuma atap aje diganti (katanya)


Rumah korang ado??


Faham? kalau tak duk diam

Apa-apa aje la

Tak reti baca? Buta huruf la tu

Masuk sini dikenakan bayaran Rp6K seorang dan khidmat panglipulara (guide dalam ni yang duk bercerita sejarah Batak) adalah Rp20K seorang. Tapi mungkin rezeki kami diorang abik lump sump untuk kami empat orang khidmat panglipulara tu Rp50K sahaja. Aku rasa semua pelancong yang datang ke Medan ni akan hinggap di Ambarita Batak ni. Termasuk haku and the geng. Dekat 2 jam kami di sini. Tempat ni adalah perkampungan kecil yang diperintah oleh seorang raja bernama Siallagan. Rajanya seorang yang disanjung mulia, tegas dan adil malah ditempatkan di syurga lepas mati. Hello2… aman tak pak raja? Bidadari ramai?..!

Banduan akhir

Cerita paling unik adalah kisah cicak dengan payudara. Iskk korang nak tu gak ke? Apa kaitan cicak dengan payudara ni agak-agaknya? Meh sini aku cerita.. Rumah Batak biasanya akan ada symbol ukiran cicak dengan empat biji (biji kerr) payudara di dinding luar. Diibaratkan cicak ni ada dimana-mana, maka orang Batak itu boleh hidup dimana-mana. Payudara tu adalah ibu, bermaksud dimana sahaja orang Batak jauh di rantau orang, terutama kaum lelaki yang berhijrah, akhirnya dia akan pulang jua di tanah air, Pulau Samosir inilah asal mereka. Ataupun kalau mereka tak pulang pun, takkan mereka lupakan asal usul mereka. Mereka bangga menjadi orang Batak, yang asalnya kaum mereka adalah dari Pulau Samosir atau lebih dikenali Tuk Tuk Siadong ni. Itulah maksud cicak mengadap payudara. Bukan cicak miang giler seks hokeh! Oppss..!!
Tapi aku confius jugak kenapa sampai empat payudara? Lupa pulak nak tanya mungkin sepasang payudara tu okla kalau dikatakan ibarat ibu. Yang lagi sepasang tu sape punya ye. Bini??? Ke diri sendiri??

Cicak gatal

Nasib baik pagi sebelum bertolak aku makan roti je alas perut. Kalau perut penuh dengan nasi lemak ayam, abis la. Nak termuntah aku dengar. Yela tak pasal-pasal awal pagi cerita cicak dengan payudara. Terbayang-bayang aku cicak  ataupun ekor cicak melenting-lenting. Tambahan pula dikatanya orang Batak dahula kala mahukan anak seramai 30 orang satu keluarga. Barulah dikira hebat sang jejantan itu. Macam tak ada kerja lain diorang ni. Mmmh memang sesuai la tu cicak mengadap payudara ajeh. Lepas cerita cicak kami di ajak naik ke dalam salah satu rumah asal orang Batak di sini.

Puteri 500 tahun


"Jap lagi aku spin sampai ko beli"

Rupanya ada seorang puteri yang tak berapa nak jadi puteri duk menenun kain. Apapun cantik sangat kain dia. Besar dan lebar boleh dibuat selimut. Lebih kurang songket gitu. Cuma tak adalah liplap-liplap benang songket tu. Boleh jugak dibuat alas meja kalau korang mak datin. Yela harga pun beratus-ratus RM sehelai. Harga paling mahal untuk kualiti terbaik adalah Rp400K sehelai. Dibodeknya kami untuk membeli. Patutlah penerangan tentang kain ni hebat sangat. Terdesak dengan itu kami nak turun sahaja sebab memang tak bercadang pun nak shopping kea pa dalam mezium ni. Agak kurang selesa bila asalnya dating melawat kini dah jadi sessi jual beli. Mood pun jadi lain. Apapun dari harga Rp450K, sorang kawan aku cabar dengan harga Rp200K sambil berjalan keluar. Akibat terdesak jugak sang puteri tak siap ni dia bagi jugak dengan harga tu. Sebenarnya kawan aku tak sangka pun dia sanggup jual dengan harga tu, tapi lebih kepada keercayaan mereka, rezeki di awal pagi adalah penting. Mau pecah telur katanya. Apa2 aje korang mau pecah telor, poket haku pun pecah! Apapun memang tersangat murah kawan aku tu dapat. Sebab lepas pergi dari situ kami ada terjumpa kedai yang jual produk sama. Aku konon ada tawar jugak tapi memang diorang tak lepas harga yang kawan aku dapat tu. So kira untung jugak kawan aku. Lepas ni bolehla berbangga ada blanket Batak kahkahkah…




Stone Chair

Tak faham jugak?? 

Di Ambarita ni kisah The Stone Chair ni adalah paling top. Pasal kerusi batu tu aku rasa eloklah sapa2 yang akan pergi mendengar sendiri kisahnya. Agak unik kerana sampai sekarang kerusi-kerusi batu tersebut masih ditempat asalnya tiada beralih. Malah sedikit kagum dengan bangsa kaum Batak ni. Bagi aku sebenarnya kaum Batak ni bertamadun dari segi pendidikan. Ni kerana mereka punyai tulisan sendiri. Mana-mana bangsa dahulu yang gagah dan bertamadun, bukankah mereka punyai tulisan sendiri. Itulah Batak, dalam duk kuno pasal adat dan kepercayaan, mereka maju dari segi pendidikan. Syabas!


Fokuskan kat atap pintu gerbang. Wakakakaa

Baca la sendiri

Lepas tu kami ke Simanindo, 19km. Mezium batak lagi. Bukan yang tadi. Ini mezium lain. Sampai je, ya ampun buruk giler tempat ni. Pintu gerbang pun nak runtuh. Dah la pakai daun je atapnya. Taktau nak cakap apa. Kami tak lama di sini. Macam zoo ular pun ado. Takut aku atas bawah aku berhati-hati. Sayang betul diorang tak jaga khazanah tinggalan nenek moyang. Mezium ni terdapat rumah lama juga. Malah di sini ada persembahan tarian tradisional orang Batak. Dikatakan persembahan tu dua kali sehari. Show pertama pada jam 10.30 pagi, keduanya pada jam 11.30 pagi. Tak pasti aku berapa pula bayaran yang akan dikenakan. Kalau masuk sini, percuma. Sekejap sahaja, kami beredar lagi.

Macam nama hantu nama kampung dia. Adoiiii


Nak ke tempat tenunan kain  pula. Dikenali Lumban Suhi Suhi, 33km. Sebuah perkampungan kecil orang Batak yang kebanyakkan tradisi penduduknya membuat ULOS. Ulos tu adalah blanket Batak. Macam nama computer kan? Aple, Acer, Vior, ULOS.. Haahahha..  Sesampai je kecewa, mereka tak bekerja hari ni, tutup. Terjimat masa di situ. Oh ya sepanjang perjalanan kami ke tempat- tempat ini, banyak la aku tengok rumah, monument kubur, gereja, gerai dan lain-lain di tepi jalan. Sebenarnya kehidupan mereka agak klasik dan bersahaja. Diselang seli dengan tanah kebun sayur yang sedang menyubur, takkan  dapat kita lihat di Malaysia. Kehidupan mereka tidak terdesak dengan masa. Sekadar bekerja untuk mencari sesuap nasi, tiada endah pada darjat dan pangkat. Anak-anak kecik sibuk bermain di halaman rumah, ayam kambing sibuk mengunyah ulat dan daun, udara yang bersih membuatkan hati kita rasa tenang dan damai. Kalau aku duk sini mau mengantuk sepanjang masa. Hahaha.. Tiada kenderaan pun hanya kereta aku sahaja ketika ni, seperti jalan kampung ni bapak aku yang punya..hohoho

Emas ada tak?

Destinasi kami seterusnya adalah kolam air panas. Aku lupa nama tempat ni. Apapun tak bes langsung tempat ni. Tempat ni bukit yang ada mata air panas. Tak syoknya diorang majukan tempat ni dijadikan bilik air berkolahkan air panas. Bukan kolam tapi kolah. So kalau nak mandi air panas, korang kena cedok dan jirus ke badan sendiri seperti mandi di kolah masjid gitu. Aduuhh… baik aku masak air panas then letak dalam baldi tak perlu bayar ribu-ribu rupiah… setakat snap sekeping dua permandangan bukit putih ni, kami beredar. Dah la mula-mula entrance dia sampah berlonggok-longgok. Tak jaga langsung. Tak tau ke tempat haruslah bersih kalau pelancong nak dating. Menteri pelancongan dia tak tau la buat apa. Kalau kita, makcik Yen Yen tu siap wat acara menari poco-poco nak tarik pelancong wakakaka….

Sampai jugak kami di sini...

Akhirnya kami abik keputusan mahu meneruskan perjalanan ke Pangururan. Pangururan ni adalah tempat di hujung pulau untuk menyeberangi pulau di sebelah sana. Ketika ini waktunya sudah lewat tengahari. Tidak berpatah balik ke Parapat, kami ambil jalan seperti bulatan dari Kota Medan ke Pulau Samosir ke Kota Medan semula. Pangururan masih lagi di dalam pulau, tapi ia adalah pekan kecil (agak besar sebenarnya) untuk ke tanah besar. Di sini terdapat pasar, kedai-kedai, dan lain-lain seperti juga Parapat.
Apa yang ada di Pangururan? Buat apa kami di sini? Kini kisah kami di Pulau Samosir hampir tamat? Ikuti entri seterusnya jenggjenggjenggg…..

Kereta untuk ke Pangururan

Bersambung…

This entry was posted on . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

2 Responses to “Medan, Indonesia Part 2”

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  2. penulisan yang menarik , buat semua yang ingin melancong ke Medan, Indonesia, mahupun ke serata dunina saya ada buat pakej yang conpom best , whatsapp saya : INSYIRAH 0175367426 atau emel : angahirah@yahoo.com, terima kasih

    ReplyDelete