Inilah aku...

My photo
Aku menganggap segala yang terjadi dalam hidup ini adalah suatu pengembaraan. Akan ku tempuhinya sebaik-baik kerana itulah yang menjadi warna-warna perjalanan hidupku. Dan aku tiada berseorangan dalam dunia ini..

Medan, Indonesia Part 1

HORAS MEDAN! 5Hari 4Malam


|Polonia Airport(Kota Medan)> Permatang Siantar> Parapat> Danau Toba> Pangururan(Pulau Samosir)> Kabanjahe (Tigapanah)> Berastagi> Kota Medan|
*********************************************************************************

0900, Di Polonia Airport. Aku berempat, perempuan semuanya. Berkonsepkan travel cara terjah ala-ala Antony Bourdain No Reservation tu wakakakka…., kali ni kami berhasrat untuk menaiki keretapi. Dari airport aku melintas keluar untuk menyemberangi jalan ke stesen teksi Blue Bird di stesen petrol Petronas. Jangan tak tau Petronas pun ada di sini wahhaaa… N Blue Bird adalah satu-satunya teksi yang ‘bertauliah’ operasinya. Bermeter dan pemandunya berseragam lebih professional gitu.. untuk mengenali teksi ini adalah pada platnya. Pastikan warna platnya kuning bukannya hitam. Terdapat banyak teksi luar menyerupai teksi Blue Bird ni. Dan pastikan jugak ada tertulis Blue Bird pada bodi teksi. Kenapa jangan naik teksi lain selain Blue Bird, adalah takut nanti kita kena ketuk! Akan aku ceritakan kelak sepanjang travel ke sini, kami memang asyik kena ketuk..



Ke stesen keretapi yang lebih dikenali Stasiun Keretapi mengambil masa 20minit dengan tambangnya Rp30K. Sampai di sini, mencari tiket ke Permatang Siantar. Tapi mungkin tak ada rezeki kami, dari jam 9+ pagi kami dah di sini, trip ke Permatang Siantar adalah pada jam 11pagi. Memang trip ke PS adalah sekali sehari. Fuuhhh tidak akan kami tunggu sebegitu lama. Membazirla masa kami kalau semata-mata nak dapatkan view cantik trip keretapi tapi terpaksa menjanggut! Ntah camne aku tanya pakcik google katanya trip keretapi dari Medan ke PS ada 2 trip. N sampai di PS taklah lewat kerana aku kena abik lagi transport ke Parapat yang mana merupakan main point ke Danau Toba. PS ni adalah titik akhir berhentinya keretapi untuk laluan ke Parapat. N perjalanan keretapi ni dari Kota Medan ke PS memakan masa 3jam. Kena ambil bas pula dari PS ke Parapat memakan masa hampir 3jam pula. Untuk maklumat, sape2 nak naik keretapi masa balik lagila tak boleh sebab dari PS ke Kota Medan adalah jam 7pagi. So memang tak ada rezeki kami keretapi ni.



Keluar dari Stasiun Keretapi ke Amplas- stesen bas di Kota Medan untuk ke PS. Kami terpaksa tukar plan kini berhajat menaiki bas sahaja. Hancusss plan! Baru nak berangan ijau mata mandang tika tembus sawah padi, perkampungan pinggir bukit, rentas hutan belantara, vvip ketika cross pekan ( kan ke blok abis jalanraya ketika keretapi nak lalu@#$%^& )..grrrrr

Masih di Stasiun Keretapi, kami mengalami kesukaran untuk dapatkan teksi. Sebenarnya teksi banyak di sini. Seperti diawal entri td aku ada cakap kan kami asyik diketuk harga sepanjang travel kali ni. Orang kat sini memang dasyat! Diorang memang aim Malaysian ni adalah orang kaya. Nak2 kalau Malaysian yang boleh sampai ke negara orang. Diorang tak tau macam aku ni wang banyak tapi hutang pun banyak. Mmhhh! Kecoh kami disini deal dengan teksi nak dapatkan harga tambang termurah. Siapa ofer kami murah kami abik servis mereka. Gitula kononya. Berebut dengan pembecak (beca motosikal), akhirnya pembecak offer kami Rp30K ke Amplas. Dua becak. Sebenarnya ada teksi yang kami tawarkan sama dengan Rp30K, pada mulanya satu teksi tu setuju. Tapi bila ditengoknya ramai yang ofer Rp40K, yang awalnya dipersetujui Rp30K terus dinaikkan jugak Rp40K. Teruk!! Sakit hati dengan cara mereka, kami buat keputusan naik satu becak tu akhirnya puas menawar setuju dengan Rp30K dengan 2 becak. Sebenarnya aku rasa tambang teksi ke Amplas tu ok dengan harga tambang Rp15K je pun… tapi tula aku ni orang kayaPPPP! Dah la ambik masa hmpir 1jam bawaknya slow giler n ganas yang amat. Tak kira lampu merah, lintas jalan dibedalnya seperti tak ada undang2. Patutla diorang ni lambat maju, seperti orang yang tiada pendidikan. Yang dasyatnya becak 2 kawan aku dibelakang, tika aku berdua dengan kawan aku sorang di depan, becak belakang mati ditengah-tengah jalan. Yang teruknya ditinggalkan kawan2 aku tu terkontang kanting berdua dengan rasa cemas di tengah-tengah jalan mcmtu aje. Pembecak tinggal macamtu aje untuk keseberang untuk dapatkan sebotol petrol. Tak ke giler macam tu. Dilibasnya lori, kereta dengan bunyi hon..fuuuuh… memang scary! SERIK!!! 

mee mmg sedap.. tp naik becak xsedap..grrr
sampai jgk becak kami ke Amplas ni... fuuhh


Kes ni la kami berjanji lepas ni takkan naik lagi becak ke mana-mana. Memang bahaya, sebenarnya selepas itu ketika kami naik satu teksi tak ingat aku masa tu kami nak kemana. Kami ada cerita peristiwa ni kat pemandu teksi. Rupanya diorang memang tak syorkan pelancong naik becak. Katanya bahaya, ada kes pembecak berpakat dengan perompak. Diorang memesongkan pelancong ke lain tempat lalu dirompak. Apatah lagi kami ni perempuan…@#$%^&.. so memang tak direkomen sape2 nak naik becak ni. Lagipun kami 4 orang terpaksa berpecah kepada dua. Satu becak 2 orang. Kalau apa-apa jadi kan susah kalau berpecah begini. Berbalik pembecak tadi, pembacak aku ok taka da masalah. Yang teruk pada kawan2 aku berdua di belakang. Ok pendek cerita, sampai  di Amplas, kami turun n nak bayar. Tiba-tiba pembecak kawan aku tu mengamuk dimintanya Rp40K! Apa lagi kawan aku sorang tu mengamuk jugak melawan pembecak tu. Dah la becak mati dan ditinggalkan di tengah-tengah jalanraya yang sibuk. Kami ditengking pembecak yang gila tu kerana kami pertahankan tambang Rp30K yang dipersetujui awalnya. Kami blah macamtu aje setelah diberikan Rp30K. Mampoos kau la. Di ekori kami sampai ke pintu bas, akhirnya diredakan konduktor bas yang kami ingin naiki. Katanya kepada pembecak kan kamu dah janji Rp30K. Udahlatu… Itulah sebabnya aku rasa sepatut tambang kami mungkin Rp15K ataupun Rp20K je. Cara konduktor tu menegur pembecak tu seperti dia dah ambil mahal pun dengan kami Rp30K tu… Itulah hari pertama kami di Indonesia. Awal-awal dah kena.

menuju Parapat

OK selesai ujian tu. Kami di Amplas ambil bas ke PS. Sebenarnya ada 2 bas ke PS ni. Bas Intra dan Bas Sejahtera. Dengarnya Bas Intra ada ekon. Bas Sejahtera tak ada ekon. Tapi besnya Bas Sejahtera ni dia boleh terus ke Parapat tidak seperti Bas Intra yang last stesennya di PS saja.  Tambangnya tak mahal dan tak la diketuk kalau naiki kemudahan awam ni. Dari Amplas ke PS tambangnya Rp18K (RM6) seorang manakala ke Parapat Rp25K (RM8) seorang. 

kaw kemalangan beb!

Agak skeri masa bas mendaki time nak sampai Parapat tu. Yela Parapat tu macam tanah tinggi. Jalan dia lebih teruk nak naik Bukit Tinggi Pahang tu. Kona2 maut macam cite IRT Deathliest Roads dalam Astro tu. Ada satu tempat tu bas aku tak lepas dengan ada kereta hala datang. Dekat dengan kona tepi bukit, sebelah tu gaung. Siap berhenti dan berundur. Kawan aku dah gabra semacam. Aku siap mengucap lagi. Wakakkaaa… oh ya pengalaman baru aku masa dalam bas, siap ada orang jual2 krepek, kuih muih. Terasa 60, 70-an gitu. Itulah besnya kalau kita travel dengan cuba memasuki cara hidup orang tempatan. Tak akan dapat kalau aku abik tour agen siap-siap naik Toyota Avanza atau Innova bagai.. Aku memang suka menghayati budaya orang bila travel. Pengalaman yang tidak akan kita dapat senang-senang. Bila bas berhenti rehat di PS sebentar , ramai peniaga menjaja naik bas lalu dilaung2kan barangan jualan mereka. Aku sempat beli buah ciku. Terliur yang amat cikunya besar-besar, manis pulak tu. Kawan aku beli buah salak. Bila lalu tepi seat kami, mungkin diketahuinya kami ni orang asing, dipelawa kami. “ buah ciku, buk”… sorang lagi lalu “ kuih @#$% buk, mau ngak?” Best kan!

kegiatan penjaja di dalam bas

jangan komen
sudah kelihatan Danau Toba-nya...
agak2 berani tak makan restoran ni

hujan ketika ni


Perjalanan aku haritu ambil masa 5jam. Dari dungdang2 di Amplas jam 1030pg, akhirnya kami selamat sampai di Parapat jam 330petang. Bagaikan nak kematu buntu aku. Dah basnya pun no ekon, muka pun berminyak abes… Dengan hanya berjalan kaki ke jeti Tigaraja, kami sempat ke kedai makan berdekatan untuk makan dulu. Bukan main kebulur, isi perut makan tak hingat sampai menjilat jari. N jeti sebenarnya ada 2. Jeti Tigaraja dan Jeti Ajibata. Untuk ke Hotel Carolina, Tomok atau TukTuk (Pulau Samosir) memakan masa setengah jam saje, aku ambil bot di Jeti Tigaraja dengan tambang Rp10K (RM3) seorang. Dekat je pun tapi slow giler bot dia. Bertolak ke TukTuk jam 430petang, kami akhirnya merentas tasik ciptaan Allah SWT.. Danau Toba yang sangat cantik……!

bot ke Samosir Island
cantik resort ni. siap ada swimming pool

kami dah sampai, ketepi-ketepi!
budak ni lps basuh terus mandi berenang2. kelazzz gitu
Lepas park luggage, solat, mandi semua, berehat sekejap.. Cuaca kat sini sejuk.  Bilik hotel pun memang tak ada kipas atau ekon. Macam Cameron Highland la boleh dikatakan. Lepas maghrib kami keluar ronda-ronda disekitar resort. Tak ada apa aktiviti rupanya di pulau ni. Sunyi je... Untuk honeymoon memeang direkomenkan. Tenang, sejuk, dan rasa bahagia bila disini. Kalau dengan laki la. Kami sekadar jalan kaki pusing-pusing akhirnya kami singgah di warung berdekatan untuk pekena minuman panas. smua empat2 kami order teh susu panas. nak tengok air teh (teh susu) diorang??... jom kita tengok;
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


teh ke susu? mana tehnya wak???!!


Bersambung…..

This entry was posted on . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply