Inilah aku...

My photo
Aku menganggap segala yang terjadi dalam hidup ini adalah suatu pengembaraan. Akan ku tempuhinya sebaik-baik kerana itulah yang menjadi warna-warna perjalanan hidupku. Dan aku tiada berseorangan dalam dunia ini..

SABAH TRIP- Kota Kinabalu- Kundasang- Ranau (PART 2)

 Masih DAY 2

Siap mandi laut n snorkeling kami siap2 utk balik ke tanah besar. Sekitar jam 10pagi kami berangkat, botman dh siap tunggu kami d jeti. Terus menuju ke Kundasang sebaik kami tiba di darat. Perjalanan ke Kundasang memakan masa lebih kurang 2 jam. Tapi dalam perjalanan tu kami sempat singgah d pekan Nabalu. Pekan ni ke Kundasang xlah jauh sgt mgkin dlam 40minit gtu. Mak, adik2 aku sempat nyoping 1-2 barang kt sni. Mmg murah berbnding kat KK. Kami beli buah salak rm2.50 sekilo. Murah giler kan. Time tu ada lori penjual borong smpai. So kami beli jgk kt diorg. Kalau harga market biasa, rm4-5 per kilo. Lepas tu kami teruskn perjlanan. Sampai d Kundasang, aku tak chec-in resort terus tp kami meneruskan perjalan ke Ranau. Kira Ranau ni pekan selepas Kundasang. Kat Ranau ni kami singgah d restoren Anjung Selera. Masakan sedap n fresh. Hadif tidur je sepanjang dalam van. Keletihan agaknye mandi manda laut pagi tadi. Siap makan kami truskan agenda kami seterusnye iaitu ke Tagal Fish d Kg Luanti. Oh ye, dari Kundasang ke Ranau memakan masa sekitar 30minit xsilap aku. Kami di sini agak lama. Makan dan mengambil kesempatan berjalan2 d sekitar pekan ni. Kemudian dari pekan Ranau ke Kg. Luanti ni memakan masa 20 minit. Ini cara memanduan b la. Aku kurang pasti jarak antara 3 tempat ni. So mungkin sesapa yang ada pengalaman drive dari 3 tempat ni berbeza2. 
beras bukit kt pekan Nabalu
dah nmpak pun gunung
pakan Ranau

So dalam jam 3 ++ petang kami seronok2 dengan ikan di Tagal Fish Spa Kg. Luanti ni. Tagal Fish Spa ni kira tempat ikan yang d tagal (d sekatpelihara) n d asuh untuk mencubit2, mematuk2 seperti urutan sertadalam masa yang sama ikan ni memakan sel2 mati d kulit badan kita semasa urutan tu. Bayaran masuk sini adalah rm5 untuk kaki n rm10 untuk mandi –kira spa seluruh badan. Oleh kerana pengalaman pertama bersama2 ikan yang merayap di kaki, aku geli yang amat. Lama2 sengal....... sakit sperti digigit semut besar gitu..heheh. agaknye abes la sel2 mati aku d kulit betis. Hahah...

nk jgk dia celup

mmg cool Hadif ni
Hadif pada mulanye wat dek aje. Tapi tiba2 bila ternampak ikan2 yang melantun2 dalam air, dia jadi geram plk. Di gasak sape2 yang mendukugmye tu utk dlepaskan dia. Mmg gila nk lepas baby dlm air tu, dpatuk2 ikan tu kang.. mana ada sel2 mati, kata kulit baby kan gebu bak kapas. Tapi itula hadif.... akhirnye masa b dukung (kami gilir2 dukung dia), b bagi jgk rsa mcne d kerumun ikan2 tu. Apa lagi Hadif........ x angkat kepala duk kusyuk tengok ikan2 tu sambil sedikit kakinye dalam air. Sikit pun x takut Hadif ni. Cool aje... makcik2nye bukan main lagi takut n geli memula tu. Rupanye kat sini bayaran yang dkenakan tu ada limit masa. Anggaran aku setiap 30minit/bayaran(rm5). 
inilah Mesilau farm tu

"jangan awal sangat tutup. tk.." heheh

pilih la mana nak
Lepas main ikan, sekitar jam 4 ptg kami teruskan perjalanan ke Mesilau Dairy Farm. Terletak sebelum pekan Kundasang, kami dari sini pulang ke Kundasang n singgah dulu di Mesilau Dairy Farm. Inilah perjalan kami yang paling dasyat. Kerana sekali lagi d tipu GPS. Dibawanye kami melalui jalan bergunung d tambah pula berbatu... memasing kecut perut nak2 mak aku. Mmg teruk konon2 by-pass tapi hampeh akhirnye perjalan kami dari Tagal Fish Spa ke Mesilau Dairy Farm memakan masa 1 jam. Dicelah2 gunung ganang kami lalui, akhirnye tiba di sini lewat jam 5 ptg. N utk mkluman, farm ni d tutup jam 5 ptg. Tapi bila kami tanyakan dekat guardhouse, mereka cakap boleh lagi masuk sebab masih ada pelawat dalam sama. So sempat la lg kami msuk tp mmg xde org dah. Cuma sorg dua mcm tu aje. Kat sini kami lama jgk n management diaorg xde plk usir kami. N lps kami smp masih ada lagi jgk yg lewt dr kami. Abah sempat menulis sesuatu dalam buku pelawat yang dsediakan d suatu sudut dalam bangunan tempat display lembu dperah susunye. -Farm ni sebenarnye tempat ternak lembu susu- So enjoy je kt sni. Dh petang n angin plk agk kuat. Sungguh cantik permandagan d sini. D tambah pula udara yg sejuk n segar. So lembu2 kat sni ala2 New Zealand gtu. Kaler putih hitam. Hadif yang amat lincah bila tengok binatang. Mmg skill dia agknye budak ni x takut apa pun binatang. Asyik mau dekat n dekat n dekat lagi. Smpaikan nk duk sebelah je dengan lembu. Bila ada yang pegangnye, cepat2 melibaskan tanganye memohon seolah2 “jgn control saya hokey!”........heheh...

EDISI GELAGAT SI HADIF...
tengok Hadif yang xnak balik

org duk sbuk "peace" n Hadif pn nk peace tu

haa.. menarik ni

eh eh..lepaskanlah

orang nak siasat ni binatang apa xprnh tgk ni

huh..nk g mana tuh



biarkan... dia nk bebas sangat. suka kan nak mcm ni..

macam ni...

n macam ni.....
Bersambung...

This entry was posted on and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply