Inilah aku...

My photo
Aku menganggap segala yang terjadi dalam hidup ini adalah suatu pengembaraan. Akan ku tempuhinya sebaik-baik kerana itulah yang menjadi warna-warna perjalanan hidupku. Dan aku tiada berseorangan dalam dunia ini..

Pulau Langkawi 3D2N- Part 1


Day 1

Aku pun lupa sebenarnya trip family ni bulan berapa. Tak silap aku bulan May. Tapi seb bek aku ingat lagi memang tahun ni. Hehe.. Special nyer trip ni ramai seperti rombongan cek kiah. Kami 13 dewasa 3 kanak-kanak riang. Dewasa pun riang jugak weh. Mak ayah, adik, pak mak sedara n adik2 sedara aku semuanya sebelah ayah. Percutian ni aku yang handle. So itinerary akulah yang susun. Diorang zero ngikut aje. Jadi kira akulah cek kiah nyer. ekekeke…

Jeti ke Langkawi ada dua terminal. Satu Jeti Kuala Kedah di Alor Setar dan satu lagi Jeti Kuala Perlis. Jika dari Kuala Kedah, perjalanan feri makan masa 2 jam dan tambangnya sehala RM23 (dewasa) RM17(kanak2). Manakala jika dari Kuala Perlis cuma abik masa 1-1/2 jam dan tambangnya sehala RM18 (dewasa) RM13(kanak2). Kedua-duanya beroperasi mulai jam 7pg- 7ptg. Jadi macam aku, dekat ke Kuala Kedah berbanding Kuala Perlis. Dan satu lagi kalau Kuala Kedah ni ada tempat letak kereta khas depan terminal yang disediakan kerajaan untuk memudahkan pelancong letak kereta dengan kadar yang murah. Tidak di Kuala Perlis. Maksud aku tempat letak kereta kerajaan. Hati-hati dengan ‘ulat-ulat’ yang meng-offer kita untuk tunjukkan tempat letak kereta. Itu semua tempat letak kereta persendirian. Dan sudah tentu mereka caj dengan kadar yang agak mahal. Kalau yang tidak pernah ke Langkawi mereka sudah tentu mencari-cari mana mau letak kereta sebelum sampai terminal. Biasanya ‘ulat-ulat’ ini akan menunggu mangsa2nye dekat trafik light yang pling hampir dengan simpang masuk ke terminal. Mereka akan cuba memperdayakan kita supaya mengikut mereka untuk letak kereta. Dan mereka akan secubanya memberitahu kita yang parking dah penuh. Diaornag ni macam tahu2 saje mana satu kereta pelancong. Bukan dah biasa nampun keje diorang kan. So hati-hatilah kat situ.

Ok, after 2 hours ferry ride, kami sampai di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Inilah satu2nya jeti di Langkawi untuk keluar masuk ke mainland. Pekan Kuah adalah pusat bagi Langkawi. Segala mak nenek ada di sini. Sampai sini kami abik van Toyota Hiace yg telah di booked bberapa hari lepas. Aku dapat van ni dengan harga Rm350 untuk 3 hari 2 malam. Murah sebenarnya. Kalau ikutkan rate biasa, RM250 sehari rata2 aku survey untuk sewa van ni. Ntah aku cakap macamna tokey van bagi lumpsump untuk 3 hari dengan harga tu. Bersyukur aku. Macam biasa, b yang jadi driver kami nanti sepanjang di Langkawi. N sudah tentu akulah kelindannya. Heheh..

di Restoren Wan Thai
Oleh kerana feri kami dah petang, smp Kuah dan jam 8malam. Kami terus ke Restoran Wan Thai. Restoran ni aku kira restoran tersohor kat sini. Ramai pelancong makan di sini. N nak tahu… masakan dia pedas giler. Namanya pun masakan Thai kan.. Sian adik2 sedara aku. Abis makan semua bibir menebal sambil merah menyala. Termasuk haku!


DAY 2

Bangun pagi badan agak segar, sebab semalam xde aktiviti kan. Lepas makan terus check in hotel. Yela la dah la perjalanan dari rumah aku ke Kuala Kedah ni makan masa melebihi 10 jam. Aku ikut jalan Kuala Terengganu-Jeli- Baling- Alor Setar tu. Sakit badan aku dalam kereta. Lenkali aku berangan sorang2 kalu nak ke Langkawi lagi kena naik katebang aje. X larat mek nak berkereta.. oh ya aku stay kat Hotel Samudera. Satu malam rate dia dia aku dapat RM80. Aku book via agoda.com. Hotel ni betul2 tengah Pekan Kuah. Bangunan hotel ni sekali dengan shoping complex di Kuah ni. Kalau nak ke HIG- Haji Ismail Group tu jalan kaki aje. HIG ni memang terkenal la dengan tempat beli belah segala mak nenek.  Dari coklat sampailah ke periuk belanga. Makcik2 memang suka kat sini. FYI, HIG ni dia tutup tengahari pada hari Jumaat dari jam 12tghri sampai 3 petang kerana dberi kelonggaran kpd stafnye menunaikan solat Jumaat. So sape2 nak ride back ke Kuala Kedah kalau hari Jumaat kena igat waktu mana nak shoping, waktu mana nak terkejar balik ke Kuala Kedah. Macam aku kena. Sebab last day tu (Jumaat) konon nk bg masa untuk makcik + aku + mak shopping apa yang nak beli wat balik masa time orang solat Jumaat. Kononnya xlah sibuk2 dengan jejantan kami. Dalam masa yang sama kami nak ride back jam 3 petang. Apa lagi kami shoping pn kelam kabut sebab jejantan duk tunggu dalam van. Dah masa nk balik kan. Jadinya kami terlewat feri. Itulah aku cakap HIG ni memang top, masa tunggu depan pintu kedai rmai giler orang. masing2 duk tengok jam 10 minit lagi…, 5 minit, 3 minit, 1 minit, bukakkkkkkk…. Kena serbu kau! Staf dia tarik pintu kedai diorang termasuk aku serbu macam kambing lapar 3 hari baru terlepas kandang!

makam arwah Mahsuri
Berbalik kisah hari kedua kami di Langkawi, pagi tu kami ke Kota Mahsuri. Kat sinilah letaknya Makam Mahsuri. Perjalanan lebih kurang 12km, abik masa dalam 20 minit. Makam ni terletak di Kg. Padang Matsirat dan entrance fee RM5 seorang. Di buka dari jam 8.30pg- 6.30 ptg.  Masih x ramai orang kami senang bergerak di sekitar kawasan makam tu. Tengok rumah (orang kampung ketika itu), masuk galeri Mahsuri dan sudah tentu kubur Mahsuri. 

rumah jiran mahsuri katanya
Adik2 sedara aku yang laki tu asyik tanya dengan aku. Aku ni memang rapat dengan diorang ni. Aku pernah tinggal dengan makcik aku ni masa aku duk Uni dulu kat KL. Aku layan dia macam adik2 aku jugak. Walaupun kami sebenarnya taraf sepupu. Sebabnya beza umur kami memang jauh. Adik aku pun yang bongsu umur dah 17tahun. Baca perbualan kami di bawah. Pening kau..
Adik sedara 1 dan 2= lelaki. Adik sedara 3= perempuan. Umur mereka ni dari 4 – 8 tahun.

Adik sedara 1: betul ke kubur ni kak?
Aku: betul la. Sedekahkahlah al-fatihah untuk Mahsuri.
Adik sedara 1: kak kubur betul-betul ke ni?

Pening aku! Agaknya macam x kubur yang dia tengak kebiasaannya. Yela biasanya kubur sama aras dengan tanah. Hak Mahsuri ni macam pangkin tepi pantai pun hado.

Adik sedara 2: Abang, ada tabung duit la!
Adik sedara 1: a’ah la. Boleh ke kalau kita nak ambik. Akak, boleh abik ke?
Aku: Korang yang patut isi jugak! Bukan nak ambik.
Adik sedara 1: X payah la. Lagipun duit singgit-singgit je tu. (ditujukan kepada adik dia)

Tak abis aku diterjah soklan gitu, adik sedara aku yg pompuan tu plak duk bertanya..

Adik sedara 3: Kenapa kak Mahsuri ni mati kak?

Dengan confiden nyer aku jawab….

Aku: Dia kena bunuh dengan orang kampung.
Adik sedara 3: Kenapa kak dia kena bunuh?

Hah sudah!! Mmmmm…………..

Adik sedara 3: Kenapa kak?????
Aku: Ada orang dengki dia. (mengharapkan soalan abis kat situ.. tapi..)
Adik sedara 3: Kenapa kak orang dengki kat Mahsuri ni ?

Argghhh pulak dah!!

Aku: Mmmmm… Sebab dia cantik sangat!! @#$%^&* (xkan la aku nak gtau sbb org kg tuduh dia ngesek dengan orang lain kan. Lantak la lari dari sejarah pun!)
Adik sedara 1: Sampai macam tu!! Cantik pun kena bunuh!! (marah agaknye)

inilah tabung duit yang ceritakan tu
Kalau nak tahu, adik sedara perempuan aku tu terus minat Mahsuri! Sampai sekarang kalu aku jumpe dia asyik cakap pasal Mahsuri. Tapi sampai sekarang jgk aku rasa bersalah sebab bohong dengannya. Xpela aku bohong dia pasal kenapa Mahsuri kena bunuh. Nanti esok2 dia besar dia faham la. Nak cerita sebenar, aku maluuuu……

ishh.. ular tgh mengembang ko duk sbuk nak snap.
aku takat tengok pun geli
Abis ronda-ronda kat makam tu kami beredar ke mini zoo ular. Dekat je jaraknya. Kalau kami dari Kuah, sebenarnya sampai mini zoo ni dlu. Kira masa ke makam tadi kami dah lalu depan mini zoo ni. Cuma aku kira p yang jauh dlu. Hala balik memang akan lalu jgak depan mini zoo ni. Entrance cuma RM3 seorang tak silap aku. Kanak-kanak percuma -kena cek balik-. Sebenarnya aku agak kecewa kat sini. Sayang sekali zoo ni seperti tidak terjaga. Dalam bangunan adalah jenis kumbang2 gitu. Kat luar pulak daun2 bertaburan memang bertambah-tambah gerunnya. Nama pun dan zoo ular. Takut plak aku ular terlepas dan besenang-senang duduk bawah daun2. Ishhh… yang paling xcited adik sedara 1 aku tu. Ambil gambar ular kalah ambil gambar artis. xlama kami kat sini. 

Underwater World
Seterusnya kami beredar ke Under Water World Langkawi. Kat sini memang best!

***bersambung... di sini

This entry was posted on and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply