Baca part 1 di sini........
(masih di DAY 2)
Entrance RM 28(dewasa), RM
18(3-12thun keatas) RM22(warga emas 50 thn keatas). Kat kaunter masuk memang
perlukan mykad untuk Malaysian. Dibuka setiap hari dari jam 10pg-6ptg.
Di link UWL di sini.
antara kehidupan marin. ntah nama apa |
sekitar nak masuk kaw kereta kabel |
peta Kg. Oriental- Cabel Car |
Bagi aku memang worth la harga
tiket masuk sini. Memang menarik dan informative tempat2 macamni. Kos nak buat
tempat ni pun memang tinggi kan. Benda kehidupan air masin semua ada. Kami
berada disini memang lama. Pakcik dengan ayah aku agak letih berjalan. Tapi
memang xsedar kami pusing semua bahagian mau x makan masa berejam2. Siap kawanan
penguin ada kat sini. Yang menariknya dapat lihat binatang laut apa aku pun tak
reti namanya yang kita tak pernah tengok. Bangunan UWL di dia sekali dengan
shoping kompleks. Abis keluar je UWL, memang akan melalui booth2 jualan
souvenir dan sebagainya. Budak-budak apa lagi girang semacam je. Siap
mlompat-lompat bila tengak benda baru ni. Orang tua pun girang jugak. Aku
biasa2 ajeh sebab matang kan.
harga tiket kereta kebal. opsss kabel.. |
Lebih kurang jam 1 petang, kami
keluar dari sini. Terus cari restoran untuk lunch. Abis lunch kami terus ke
Oriental Village. Kat sini la letaknya Cable Car Langkawi. Dibuka setiap hari
dari jam 10pg-8mlm. Yurannya sila tengok gambar yang aku sempat snap.
Sebenarnya sebelum naik rombongan kami takut2 nak mencuba ni. Termasuk cek kiah
ketua rombongan. Apatah lagi di jolok ayah aku yang dah pernah datang sini dan
sudahpun naik cable car ni. Katanya dah serik sebab nanti kat atas masa dalam
cable car tu bergoyang2 bila angin menolak. Dan berhenti bergerak
tergantung-gantung. Wahhhhhhh… mak aku siang-siang tak mau naik. Katanya kalau
jatuh then mati tak berbaloi pun. Apa lagi, semua jadi tak nak. Termasuk makcik
pakcik aku. Kahkahkah.. Lepas diskus2, ayah aku nampak bersalah sebab
membuatkan semua orang tak nak naik. Pandai pulak ayah aku pusing ajak naik
sama-sama. Yela dah dating jauh-jauh tak nak cuba plak kan… kata ayah aku kat
mak aku, kalau kita jatuh kita mati sama-sama. Aduhai… beruntung mak aku dapat
somi macamtu kan. Akhirnya semua naik. Hah!
cer naik. mau tak ketaq lutut |
Kat dalam cable car ni tuhan saja
yang tahu perasan aku. Tobat aku tak nak naik lagi. Tapi time cable car aku
bergerak, sebenarnya cuaca agak baik. Tak de berhenti-henti pun. Cuma bila
makin tinggi tu gayat pun bagai nak apa. Kesian sekali pakcik aku. Sampaikan
dia tak bergerak dalam kereta tu. B pulak tak duk diam. Siap bangun-bangun
lagi. woohh! Pakcik aku siap mengucap dan teruk sekali sampai mengigil
lututnya. Hahahha.. Mau tak mengigil, tingginya perdakian tu sampai melebihi
700 meter. Oh ya aku naik sekali dgn pakcik makcik aku. Mak ayah aku lain kereta.
Sampai atas dia memang sediakan platform. View dari atas memang cantik. N
sejuuukkk….
Agak petang dah sekitar jam 5. Sempat
lagi kami singgah tempat reakrasi Air Terjun Telaga Tujuh sebelum pulang hotel.
Setakat ni kami memang menepati masa. So tak ada yang tertinggal semua berjalan
mengikut itinerary yang disediakan. Ait Terjun Tujuh Telaga ni dinamakan
sempena ada tujuh buah telaga air terjun semulajadi. Lokasi tepatnya aku kurang
pasti. Yang aku ingat, nak ke sini lepas park van, mak aih! Kena berjalan kaki
lebih kurang 15 minit. Dan yang penatnya cara berjalan adalah tertonggeng!
Faham? Sebab condong giler, Tajam giler bukit dia. Hala balik memang laju. Mencurah2
langkah. Yang kesiannya ayah aku, tercunggap2 nak ke sampai atas. Katanya kesihatan
dia masih kuat, kalau tidak masakan dia boleh sampai jugak kat tempat mandi tu.
Kami mandi di situ. Yang paling gembira terloncat-loncat adalah adik2 sedara
aku tu. Bukan main lagi. Tak ingat dah rasanya ilmu yang ditimba di Kota
mahsuri dan UWW tadi. Mak dan makcik aku turut mandi. Geram tengok air sejuk
mengalir, diselamnya juga walaupun x bawak pun pakaian tukar. Konon pagi tadi
sebelum bertolak, aku dah gitau bawak la pkaian untuk tukar lepas mandi air
terjun. Di jawabnya tak nak mandi. Hah! Siapa yang kena?! Agaknya lepas penat
seharian meronda masuk keluar tempat-tempat dilawati, nak-nak mendaki
tertonggeng tadi, badan berpeluh-peluh. Itu yang menjadi geram untuk sejukakan
badan. Akibatnya balik dari sini, masuk van dengan basah kuyup…
makan 300 |
Lepas solat, kami keluar lagi
untuk makan malam. Kali ni aku pilih restoren tepi laut. Alamak aku lupa nama
restoran ni! Makan kami malam tu habis RM300++. Apa taknya, ayah dan pakcik aku
yang pilih lauk. Apa lagi diorang ni sebenarnya kaki pancing laut. So segala
mak nenek jenis ikan diorang tahu. Mana ikan mahal, mana ikan, udang, ketam
sedap… jadinya tu la makan malam RM300+. Tapi kami puas hati makan sampai tak boleh nak sendawa. Korang pernah?? Hehehe
Malam tu sempat aku ngan makcik aku
lepas balik hotel, kami turun lagi. Tengok2 pasar malam ada apa jualnya. Last2
aku beli keronsang RM5 hinggit aje. Makcik aku beli mainan untuk anaknya gelang
liplap ada lampu warna warni tuh. Hado!
DAY 3
menuju ke Tasik Dayang Bunting |
Seawall jam 8 pagi kami dah
keluar hotel. Sarapan dah terus cari guide untuk ke Pulau Basah, Pulau Singa
dan Tasik Dayang Bunting. Itulah agenda kami untuk hari ke 3. Lepas agenda2 ni-
shopping. Paling disukai mak, makcik aku, aku bese-bese ajeh. Jugak paling
menyampah bagi ayah, pakcik n jejantan (agaknye la).
Pulau Basah ni bagi aku tak de
apa. Nak mandi pun susah sebab ombak kuat. N tak ada coral langsung kat sekitar
pulau ni. Air pun tak jernih. Bagi kami
yang banyak kali pergi pulau memang dapat rasakan tempat lain lagi cantik dan
menawan. Tambahan pulak macam aku dan family memang orang yang hidup tepi
pantai. So takat pulau macam ni memang tak heran. Sekadar hiburkan budak-budak
tu mandi laut aje.
Kedian gerak ke Pulau Singa. Kat pulau
ni tak singgah pun. Guide akan berhenti di satu tempat sekitar pulau dan
dicampaknya kulit ayam. Tujuannya menarik perhatian helang-helang yang hidup bebas
di sini menyambar makanan yang terapung dekat bot kami. Menyeronokkan sebenarnya.
Tambahan pulak kalau kita tengok burung helang di udara macam kecil kan. Bila nak
menyambar dan hamper dengan bot, wah besar rupanya. Gitu la… mak aku time tu
tak pakai spek. Matanya rabun dan sudah tentu tak Nampak jelas. Cepat-cepat
dikeluarkan speknye tu nak tengak aktiviti helang menyambar makanan. Yang
kelakar, mak aku ingat guide tu bagi makan roti. Yela macam kita p pulau kan. Bawak
roti segempal time snokerling, ikan berduyung ikut kita. Mak aku Tanya bagi
makan roti ke? Gamat dibuatnye…
jeti di Pulau Dayang Bunting |
trek ke tasik |
Next: Pulau Dayang Bunting. Daripada jeti Pulau Tasik Dayang
Bunting ni nak ke tasiknya agak penat berjalan kaki. Trek memang dah di
sediakan, tapi macam laluan ke Air Terjun Telaga Tujuh jugak. Malah lebih
sempit dan kona-kona, tambahan pula dah mulai disesakkan orang ramai.
perasan tak ada budak2 tengah tak sabar menuju ke tempat cerah tu |
Bila sampai, wah cantiknya…
adik-adik sedara aku tu bila dah nampak cahaya cerah (kawasan tasik) masa kat
trek menurun tu, apa lagi tak sabar-sabar diorang. Bimbangnya aku yela trek tu
agak curam dan risau takut terus terjun ke dalam tasik. Berlari jugakla aku
untuk control kelajuan diorang ni. Asalnya diorang nak mandi kat air biru yang
dalam tu. Hah nak mamp@#%s ko?? Aku suruh mandi dalam kolam yang disediakan
untuk budak-budak, diorang jelling menarik bibir. Ade ker??? Tapi last2 diorang
ikut jugak, dah masuk gu dengan orang yang tak dikenali pun tak pe.. janji
meloncat-meloncat dalam tu bersama-sama.
eh awak sy nak mandi jugak.. (lantak la x kenal pun) yang tak pakai baju tu adik sedara aku. |
Sedang elok dengan masa, agak
tengahari kami pulang. Mandi solat, makan, rehat kt hotel semua dah.. dan projek tak berjalan seperti yang dirancang
macam aku cerita mula-mula entri tu. Kes konon nak shopping di waktu solat
Jumaat. Akhirnya shopping tempat lain dan tunggu HIG buka balik pukul 3 ptg,
sambung sikit shopping, then ride back to mainland. Lepas tu sebenarnya kami ke
Alor Setar pulak untuk 1 malam lagi. Tapi Alor Setar tu rasanya tak ada apa nak
kongsi kat sini.
balik dari tasik dan pulau2. tak menahan.. terkulai layu |
Tinggal dulu Langkawi…
p/s: sebelum datang Langkawi, aku
tak pernah nak minat Langkawi. Sebab bg aku kat sini syurga shopping. Since aku
bukan jenis kaki shoping, aku anggap Langkawi bukan tempat impian aku untuk
dilawati. Ia sesuai untuk makcik2 yang berniaga atau gila shoping.
TAPI, lepas sampai jugak kat sini (tu pun sebab konon nak hepi2 dgn
family je) rupanya Langkawi ni banyak benda kita boleh xplore. Nak2 dengan
sejarah tanah dan penduduknya. Dia macam Melaka jugak. N memang sesuai untuk
family trip yang ada kanak-kanak.