Inilah aku...

My photo
Aku menganggap segala yang terjadi dalam hidup ini adalah suatu pengembaraan. Akan ku tempuhinya sebaik-baik kerana itulah yang menjadi warna-warna perjalanan hidupku. Dan aku tiada berseorangan dalam dunia ini..

Yang ditunggu-tunggu

No Comments »

Agaknya dah dekat setengah tahun aku tanam pokok ni. Sape tau pokok apa?? Hah, nila pokok tembikai susu. Sebenarnya bukan aku yang tanam. Org tu yang tanam wakaka... Lebih kurang kes susu lembu yang punya tapi sapi yang dapat nama. Gitu la.. Apa pe jer!

cepatla besar buahku sayang

Aku dapat tau pokok ni sebetulnya kena tanam dengan siapkan ampaian. Bagi dia menjalar ke atas. Tapi oleh kerana kemalasan, dibiarkan aje dia hidup dengan menjalar di atas tanah. Daunnya pula semakin dia tua semakin besar. Begitu rupanya.... Apa pun sekarang dah mula nampak hasil. Mungkin sebulan dua lagi aku dah boleh minum jusnya. Wakkkakaa....

Ada apa dengan 2013

No Comments »

Hati masih belum tenang. Fikiran aku sungguh bimbang. 2013 ini aku berhajat suatu perkara yang sangat besar dalam hidup aku. Keputusan ni akan merubah 360 darjah kehidupan aku. Tidak lagi seperti sekarang. Apa dia?? Bukan tak nak berkongsi umum tapi HATI MASIH BELUM TENANG....

Cuma aku sekarang biarkan sahaja masa berlalu. Sibuk dengan macam2 hal. Baru sahaja aku balik dari KL, berjumpa sahabat2 baru masa aku travel bersama  ke China bulan November lepas. Perkenalan kami ni bagaikan kamilah sahabat dari sekolah. Bergurau bersenda macam adik beradik. Tiada pula aku masukkan cerita travelling aku ke China tu kat sini. Belum sempat! (alasan apa lg??!) Akulah sibuk bagai PM....kahkahkah

27hb ni aku sbuk macamana pun, aku tak de di Malaysia ni. Mana pergi?? jenjenggjeng... padahal dekat je pun. M.E.D.A.N! Istimewa trip ini kali aku p dengan geng rambo aka charlie onjos. Kami smua gegerl 4 orang, termasuk kawan baik aku masa study Uni dulu. Ini kali kena paksa ikut. Susah benor nak join trip hah sekarang aku book tiket sendiri aku untuk dia n last kena paksa ikut jugak. Tp apapun alhamdulillah dia OK. Seb bek...

Yang duk runsing sikit pasal trip ni adalah aku kurang study. Oleh kerana ini pestaim aku ke Medan, sepatutnya aku 44malam aku kena katam pasal Medan. Sepatutnye lerrrr.... Apapun aku redah je nanti sebab dan janji siap2 dengan geng2 trip ni adalah trip rambo. Main terjah xde booking otel n tour guide bagai. N keputusan terhebat yang dibuat kami adalah perjalanan dari Medan ke Parapat (Tasik Danau Toba tu) adalah menggunakan public transport. Hambik ko!! So kepanasan, kehimpitan, kekejaran yang akan berlaku kelak adalah di alu2kan.. kahkahkah. Cuma yang sedap hati itu adalah kelak kami berhajat menaiki keretapi. Sudah lebih 10 tahun aku tak naik keretapi. Teringat 10 tahun belakang, itupun pestaim aku naik keretapi. Dari KL ke Tumpat, Kelantan. Masa tu kami seramai 8 orang tengah study lagi, aku ikut balik ke kampung kawan aku di sana. Bertolak malam, sampai pagi. Di subuh hari tu bila agak cerah tanah, Masyaallah, sungguh indah damai bilamana keretapi kami menyusuri kampung2 dengan melintas anak sungai, hutan dan bukit bukau. Malah merentasi sawah padi... Sejuk mata memandang, sejuk lagi hati melihat dengan rasa nikmat dan bersyukur...... Err macam setajah pulop!

Laluan keretapi di Medan, tidak pula aku ketahui bagaimana. Apapun kalau kita bermewah2 ke tempat orang, maka hilanglah pengalaman berada dalam budaya kehidupan masyrakat mereka. Dok gitu?? Aku pi mana-mana memang suka duduk dalam budaya orang. Selagi tidak membatasi agama kita, aku suka menghayati keunikkan kehidupan mereka. Bab cakap ayam itik pun aku suka... Last2 aku xfaham apa orang ckp, aku pulak cakap " lantak ko la cakap apa.." kihkih...

2013, Moga tahun ni adalah tahun yang lebih baik buat kami. N terima kasih buat b, sebab luluskan trip ni p dengan kawan2. Katanya mitak izin dgn tak mintak izin lebih kurang sama sahaja. Mintak izin tapi paksa suami bagi keizinan...err.. apa2 jela

MEDAN, tunggu......

Sempat cedok ni je wat modal
SUMBER INTERNET

Angan Mek Jenin

No Comments »

ehem..ehem..


Taaddaaaa...... !
klu kak mah hantu Birkin, wa nk jgk hntu Hermes buleh?..
tp agak2 org percaya x ni original punyer wa pkai..
clue- yg ni jgn tengok rapat2 hokeh

p/s: lepas ni wa hrp wa dpt Balenciaga plk.. xpun Givenchy ke.. mm MiuMiu pn blh la!
Gucci, Coach, Prada xmain hokeh.. jgn marah wa.. wa bkn nk brlagak tp wa berangan je pun.. ahakss
wa ada syg sgt kt satu tu. lain brand. sbnya 1 tu je original dlm idup wa haha

Pokok pulak..

No Comments »

Sekarang duk gila bertanam-tanaman. Sebenarnya dah agak lama, tapi bila dah nampak hasilnya, memang menggembirakan hati dan bertambah-tambah semangatnya. Aku banyak tanam pokok herba jugak.. eerrkk.. herba? Eh pokok sayur-sayur lah! Errkkk.. ye ke? Kalau dipanggil pokok penyedap masakan pun boleh kot. Mmmm… apa kata kita panggil pokok ulam-ulaman. Hah! Gitu-gitu la…

herba life kau..
Tengok gambar pokok-pokok aku. Harap-harap ini bukan hobi hangat-hangat ta@#$ hayam hokeh. Sebenarnya banyak lagi pokok yang aku n b tanam dah berjaya tumbuh. Di back yard ada juga pokok kunyit, daun pandan, daun kari, serai dll. Itu belum masuk lagi pokok buah-buahan seperti rambutan, ciku, pisang, limau, mangga, labu dan yang paling gerun sekali pokok buah namanya katak puru. Nah kau! Daun sup tu sadiss betul tp aku tanam jugak. Ntah kali ke berapa tapi boleh dikatakan sebelum-belum ni semuanya failed. Yang ni harap2 menjadi la. Bukan apa, daun sup ni kita pakai sikit aje dlm masakan. Setiap kali aku beli kat pasaraya yang dah diikat tu asyik membazir aje. Setakat nak pakai dua tiga helai baiklah kalau ditanam aje. N yang paling penting pokok cili tu. Itu baru aku beli malam minggu baru ni. Harap-harap pun membesar dengan sihatnya..

belum 're-pasu' yet
Tidak lupa juga pokok-pokok bunga, tumbuh-tumbuhanan spesis keladi dan lain-lain di halaman lanskap depan rumah aku yang tak berapa nak nama lanskap. Boleh la dikatakan lanskap tak siap atau tak menjadi. Air terjun yang kadang-kadang terjun kadang-kadang berehat tido akibat berjimat elektrik… Bertambah-tambah tuannya pun tak boleh dengar deruan titisan air terjun dari mulut pasu jatuh ke bawah.. Kejap lagi mulut tuannya ternganga-nganga menahan mengantuk. Jadi lebih baik jika tuannya balik kerja mau berehat sebentar di kerusi taman di depan rumah tu, kalau setakat nak hidup udara segar penuh oksigen duduk-duduk sajalah berhampiran pokok-pokok sekeliling lanskap, daripada ketidak cukupan oksigen ternganga menguap akibat mendengar terapi titisan air terjun ajaib…ohoho

Dan yang paling dinantikan setiap petang adalah....... ini!
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
Kejap lagi dia mekar bak pipi aku ni. >> membulat merah menyala!

tunggu mekar > jaga diri elok2 ye
p/s: xmau tepek lanskap. Malu gue….
n perasan x ada pokok anggur dlm salah satu pic kat sini. ekekek..

Burung

No Comments »

Biasa cuti-cuti begini aku bangun pagi mesti nak lepak jap kat anjung rumah. Belakang rumah aku sungai.. Buka pintu tingkap bilik terus nampak sungai.. Memang mendamaikan. Tepi rumah aku tanam banyak jugak pokok-pokok buah. Ada satu tu pokok nenas dah sampai setahun rasanya tp tak berbuah-buah. Buat semak ruang je pokok nenas tu. Rasa macam nak cabut je. Pokok ceri pun aku dah tebang dahan-dahan yang merimbun tu. Rendang sangat sampai nak cecah lantai hujung-hujung ranting. Tapi kali ni aku perasan tiap hari ada dua ekor burung akan hinggap kat dahan pokok ceri tu setiap pagi. Dah jadi kebiasaan pulak aku akan mengintai mereka. Burung tu ada dua ekor. Mungkin sepasang. Aku tak pasti nama burung tu. Warna biru cantik jugak. Mungkinkah burung Raja Udang? atau Cenderawasih?? (bukan ke cendrawsih tu org ckp kakinya x jejak bumi) hahaha....

cari makan agaknya

hai.. dh nk terbang ke


Pulau Langkawi 3D2N- Part 2 (part last)

No Comments »

Baca part 1 di sini........

(masih di DAY 2)

Entrance RM 28(dewasa), RM 18(3-12thun keatas) RM22(warga emas 50 thn keatas). Kat kaunter masuk memang perlukan mykad untuk Malaysian. Dibuka setiap hari dari jam 10pg-6ptg.
Di link UWL di sini.

antara kehidupan marin. ntah nama apa

sekitar nak masuk kaw kereta kabel

peta Kg. Oriental- Cabel Car

Bagi aku memang worth la harga tiket masuk sini. Memang menarik dan informative tempat2 macamni. Kos nak buat tempat ni pun memang tinggi kan. Benda kehidupan air masin semua ada. Kami berada disini memang lama. Pakcik dengan ayah aku agak letih berjalan. Tapi memang xsedar kami pusing semua bahagian mau x makan masa berejam2. Siap kawanan penguin ada kat sini. Yang menariknya dapat lihat binatang laut apa aku pun tak reti namanya yang kita tak pernah tengok. Bangunan UWL di dia sekali dengan shoping kompleks. Abis keluar je UWL, memang akan melalui booth2 jualan souvenir dan sebagainya. Budak-budak apa lagi girang semacam je. Siap mlompat-lompat bila tengak benda baru ni. Orang tua pun girang jugak. Aku biasa2 ajeh sebab matang kan.

harga tiket kereta kebal. opsss kabel..
Lebih kurang jam 1 petang, kami keluar dari sini. Terus cari restoran untuk lunch. Abis lunch kami terus ke Oriental Village. Kat sini la letaknya Cable Car Langkawi. Dibuka setiap hari dari jam 10pg-8mlm. Yurannya sila tengok gambar yang aku sempat snap. Sebenarnya sebelum naik rombongan kami takut2 nak mencuba ni. Termasuk cek kiah ketua rombongan. Apatah lagi di jolok ayah aku yang dah pernah datang sini dan sudahpun naik cable car ni. Katanya dah serik sebab nanti kat atas masa dalam cable car tu bergoyang2 bila angin menolak. Dan berhenti bergerak tergantung-gantung. Wahhhhhhh… mak aku siang-siang tak mau naik. Katanya kalau jatuh then mati tak berbaloi pun. Apa lagi, semua jadi tak nak. Termasuk makcik pakcik aku. Kahkahkah.. Lepas diskus2, ayah aku nampak bersalah sebab membuatkan semua orang tak nak naik. Pandai pulak ayah aku pusing ajak naik sama-sama. Yela dah dating jauh-jauh tak nak cuba plak kan… kata ayah aku kat mak aku, kalau kita jatuh kita mati sama-sama. Aduhai… beruntung mak aku dapat somi macamtu kan. Akhirnya semua naik. Hah!

cer naik. mau tak ketaq lutut
Kat dalam cable car ni tuhan saja yang tahu perasan aku. Tobat aku tak nak naik lagi. Tapi time cable car aku bergerak, sebenarnya cuaca agak baik. Tak de berhenti-henti pun. Cuma bila makin tinggi tu gayat pun bagai nak apa. Kesian sekali pakcik aku. Sampaikan dia tak bergerak dalam kereta tu. B pulak tak duk diam. Siap bangun-bangun lagi. woohh! Pakcik aku siap mengucap dan teruk sekali sampai mengigil lututnya. Hahahha.. Mau tak mengigil, tingginya perdakian tu sampai melebihi 700 meter. Oh ya aku naik sekali dgn pakcik makcik aku. Mak ayah aku lain kereta. Sampai atas dia memang sediakan platform. View dari atas memang cantik. N sejuuukkk….

Agak petang dah sekitar jam 5. Sempat lagi kami singgah tempat reakrasi Air Terjun Telaga Tujuh sebelum pulang hotel. Setakat ni kami memang menepati masa. So tak ada yang tertinggal semua berjalan mengikut itinerary yang disediakan. Ait Terjun Tujuh Telaga ni dinamakan sempena ada tujuh buah telaga air terjun semulajadi. Lokasi tepatnya aku kurang pasti. Yang aku ingat, nak ke sini lepas park van, mak aih! Kena berjalan kaki lebih kurang 15 minit. Dan yang penatnya cara berjalan adalah tertonggeng! Faham? Sebab condong giler, Tajam giler bukit dia. Hala balik memang laju. Mencurah2 langkah. Yang kesiannya ayah aku, tercunggap2 nak ke sampai atas. Katanya kesihatan dia masih kuat, kalau tidak masakan dia boleh sampai jugak kat tempat mandi tu. Kami mandi di situ. Yang paling gembira terloncat-loncat adalah adik2 sedara aku tu. Bukan main lagi. Tak ingat dah rasanya ilmu yang ditimba di Kota mahsuri dan UWW tadi. Mak dan makcik aku turut mandi. Geram tengok air sejuk mengalir, diselamnya juga walaupun x bawak pun pakaian tukar. Konon pagi tadi sebelum bertolak, aku dah gitau bawak la pkaian untuk tukar lepas mandi air terjun. Di jawabnya tak nak mandi. Hah! Siapa yang kena?! Agaknya lepas penat seharian meronda masuk keluar tempat-tempat dilawati, nak-nak mendaki tertonggeng tadi, badan berpeluh-peluh. Itu yang menjadi geram untuk sejukakan badan. Akibatnya balik dari sini, masuk van dengan basah kuyup…

makan 300
Lepas solat, kami keluar lagi untuk makan malam. Kali ni aku pilih restoren tepi laut. Alamak aku lupa nama restoran ni! Makan kami malam tu habis RM300++. Apa taknya, ayah dan pakcik aku yang pilih lauk. Apa lagi diorang ni sebenarnya kaki pancing laut. So segala mak nenek jenis ikan diorang tahu. Mana ikan mahal, mana ikan, udang, ketam sedap… jadinya tu la makan malam RM300+. Tapi kami puas hati makan sampai  tak boleh nak sendawa. Korang pernah?? Hehehe

Malam tu sempat aku ngan makcik aku lepas balik hotel, kami turun lagi. Tengok2 pasar malam ada apa jualnya. Last2 aku beli keronsang RM5 hinggit aje. Makcik aku beli mainan untuk anaknya gelang liplap ada lampu warna warni tuh. Hado!


DAY 3

menuju ke Tasik Dayang Bunting
Seawall jam 8 pagi kami dah keluar hotel. Sarapan dah terus cari guide untuk ke Pulau Basah, Pulau Singa dan Tasik Dayang Bunting. Itulah agenda kami untuk hari ke 3. Lepas agenda2 ni- shopping. Paling disukai mak, makcik aku, aku bese-bese ajeh. Jugak paling menyampah bagi ayah, pakcik n jejantan (agaknye la).
Pulau Basah ni bagi aku tak de apa. Nak mandi pun susah sebab ombak kuat. N tak ada coral langsung kat sekitar pulau ni. Air pun  tak jernih. Bagi kami yang banyak kali pergi pulau memang dapat rasakan tempat lain lagi cantik dan menawan. Tambahan pulak macam aku dan family memang orang yang hidup tepi pantai. So takat pulau macam ni memang tak heran. Sekadar hiburkan budak-budak tu mandi laut aje.

Kedian gerak ke Pulau Singa. Kat pulau ni tak singgah pun. Guide akan berhenti di satu tempat sekitar pulau dan dicampaknya kulit ayam. Tujuannya menarik perhatian helang-helang yang hidup bebas di sini menyambar makanan yang terapung dekat bot kami. Menyeronokkan sebenarnya. Tambahan pulak kalau kita tengok burung helang di udara macam kecil kan. Bila nak menyambar dan hamper dengan bot, wah besar rupanya. Gitu la… mak aku time tu tak pakai spek. Matanya rabun dan sudah tentu tak Nampak jelas. Cepat-cepat dikeluarkan speknye tu nak tengak aktiviti helang menyambar makanan. Yang kelakar, mak aku ingat guide tu bagi makan roti. Yela macam kita p pulau kan. Bawak roti segempal time snokerling, ikan berduyung ikut kita. Mak aku Tanya bagi makan roti ke? Gamat dibuatnye…

jeti di Pulau Dayang Bunting

trek ke tasik
Next: Pulau Dayang Bunting. Daripada jeti Pulau Tasik Dayang Bunting ni nak ke tasiknya agak penat berjalan kaki. Trek memang dah di sediakan, tapi macam laluan ke Air Terjun Telaga Tujuh jugak. Malah lebih sempit dan kona-kona, tambahan pula dah mulai disesakkan orang ramai.

perasan tak ada budak2 tengah
tak sabar menuju ke tempat cerah tu
Bila sampai, wah cantiknya… adik-adik sedara aku tu bila dah nampak cahaya cerah (kawasan tasik) masa kat trek menurun tu, apa lagi tak sabar-sabar diorang. Bimbangnya aku yela trek tu agak curam dan risau takut terus terjun ke dalam tasik. Berlari jugakla aku untuk control kelajuan diorang ni. Asalnya diorang nak mandi kat air biru yang dalam tu. Hah nak mamp@#%s ko?? Aku suruh mandi dalam kolam yang disediakan untuk budak-budak, diorang jelling menarik bibir. Ade ker??? Tapi last2 diorang ikut jugak, dah masuk gu dengan orang yang tak dikenali pun tak pe.. janji meloncat-meloncat dalam tu bersama-sama.

eh awak sy nak mandi jugak.. (lantak la x kenal pun)
yang tak pakai baju tu adik sedara aku.
Sedang elok dengan masa, agak tengahari kami pulang. Mandi solat, makan, rehat kt hotel semua dah..  dan projek tak berjalan seperti yang dirancang macam aku cerita mula-mula entri tu. Kes konon nak shopping di waktu solat Jumaat. Akhirnya shopping tempat lain dan tunggu HIG buka balik pukul 3 ptg, sambung sikit shopping, then ride back to mainland. Lepas tu sebenarnya kami ke Alor Setar pulak untuk 1 malam lagi. Tapi Alor Setar tu rasanya tak ada apa nak kongsi kat sini.

balik dari tasik dan pulau2. tak menahan.. terkulai layu
Tinggal dulu Langkawi…

p/s: sebelum datang Langkawi, aku tak pernah nak minat Langkawi. Sebab bg aku kat sini syurga shopping. Since aku bukan jenis kaki shoping, aku anggap Langkawi bukan tempat impian aku untuk dilawati. Ia sesuai untuk makcik2 yang berniaga atau gila shoping.
TAPI, lepas sampai jugak kat sini (tu pun sebab konon nak hepi2 dgn family je) rupanya Langkawi ni banyak benda kita boleh xplore. Nak2 dengan sejarah tanah dan penduduknya. Dia macam Melaka jugak. N memang sesuai untuk family trip yang ada kanak-kanak. 

Pulau Langkawi 3D2N- Part 1

No Comments »


Day 1

Aku pun lupa sebenarnya trip family ni bulan berapa. Tak silap aku bulan May. Tapi seb bek aku ingat lagi memang tahun ni. Hehe.. Special nyer trip ni ramai seperti rombongan cek kiah. Kami 13 dewasa 3 kanak-kanak riang. Dewasa pun riang jugak weh. Mak ayah, adik, pak mak sedara n adik2 sedara aku semuanya sebelah ayah. Percutian ni aku yang handle. So itinerary akulah yang susun. Diorang zero ngikut aje. Jadi kira akulah cek kiah nyer. ekekeke…

Jeti ke Langkawi ada dua terminal. Satu Jeti Kuala Kedah di Alor Setar dan satu lagi Jeti Kuala Perlis. Jika dari Kuala Kedah, perjalanan feri makan masa 2 jam dan tambangnya sehala RM23 (dewasa) RM17(kanak2). Manakala jika dari Kuala Perlis cuma abik masa 1-1/2 jam dan tambangnya sehala RM18 (dewasa) RM13(kanak2). Kedua-duanya beroperasi mulai jam 7pg- 7ptg. Jadi macam aku, dekat ke Kuala Kedah berbanding Kuala Perlis. Dan satu lagi kalau Kuala Kedah ni ada tempat letak kereta khas depan terminal yang disediakan kerajaan untuk memudahkan pelancong letak kereta dengan kadar yang murah. Tidak di Kuala Perlis. Maksud aku tempat letak kereta kerajaan. Hati-hati dengan ‘ulat-ulat’ yang meng-offer kita untuk tunjukkan tempat letak kereta. Itu semua tempat letak kereta persendirian. Dan sudah tentu mereka caj dengan kadar yang agak mahal. Kalau yang tidak pernah ke Langkawi mereka sudah tentu mencari-cari mana mau letak kereta sebelum sampai terminal. Biasanya ‘ulat-ulat’ ini akan menunggu mangsa2nye dekat trafik light yang pling hampir dengan simpang masuk ke terminal. Mereka akan cuba memperdayakan kita supaya mengikut mereka untuk letak kereta. Dan mereka akan secubanya memberitahu kita yang parking dah penuh. Diaornag ni macam tahu2 saje mana satu kereta pelancong. Bukan dah biasa nampun keje diorang kan. So hati-hatilah kat situ.

Ok, after 2 hours ferry ride, kami sampai di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Inilah satu2nya jeti di Langkawi untuk keluar masuk ke mainland. Pekan Kuah adalah pusat bagi Langkawi. Segala mak nenek ada di sini. Sampai sini kami abik van Toyota Hiace yg telah di booked bberapa hari lepas. Aku dapat van ni dengan harga Rm350 untuk 3 hari 2 malam. Murah sebenarnya. Kalau ikutkan rate biasa, RM250 sehari rata2 aku survey untuk sewa van ni. Ntah aku cakap macamna tokey van bagi lumpsump untuk 3 hari dengan harga tu. Bersyukur aku. Macam biasa, b yang jadi driver kami nanti sepanjang di Langkawi. N sudah tentu akulah kelindannya. Heheh..

di Restoren Wan Thai
Oleh kerana feri kami dah petang, smp Kuah dan jam 8malam. Kami terus ke Restoran Wan Thai. Restoran ni aku kira restoran tersohor kat sini. Ramai pelancong makan di sini. N nak tahu… masakan dia pedas giler. Namanya pun masakan Thai kan.. Sian adik2 sedara aku. Abis makan semua bibir menebal sambil merah menyala. Termasuk haku!


DAY 2

Bangun pagi badan agak segar, sebab semalam xde aktiviti kan. Lepas makan terus check in hotel. Yela la dah la perjalanan dari rumah aku ke Kuala Kedah ni makan masa melebihi 10 jam. Aku ikut jalan Kuala Terengganu-Jeli- Baling- Alor Setar tu. Sakit badan aku dalam kereta. Lenkali aku berangan sorang2 kalu nak ke Langkawi lagi kena naik katebang aje. X larat mek nak berkereta.. oh ya aku stay kat Hotel Samudera. Satu malam rate dia dia aku dapat RM80. Aku book via agoda.com. Hotel ni betul2 tengah Pekan Kuah. Bangunan hotel ni sekali dengan shoping complex di Kuah ni. Kalau nak ke HIG- Haji Ismail Group tu jalan kaki aje. HIG ni memang terkenal la dengan tempat beli belah segala mak nenek.  Dari coklat sampailah ke periuk belanga. Makcik2 memang suka kat sini. FYI, HIG ni dia tutup tengahari pada hari Jumaat dari jam 12tghri sampai 3 petang kerana dberi kelonggaran kpd stafnye menunaikan solat Jumaat. So sape2 nak ride back ke Kuala Kedah kalau hari Jumaat kena igat waktu mana nak shoping, waktu mana nak terkejar balik ke Kuala Kedah. Macam aku kena. Sebab last day tu (Jumaat) konon nk bg masa untuk makcik + aku + mak shopping apa yang nak beli wat balik masa time orang solat Jumaat. Kononnya xlah sibuk2 dengan jejantan kami. Dalam masa yang sama kami nak ride back jam 3 petang. Apa lagi kami shoping pn kelam kabut sebab jejantan duk tunggu dalam van. Dah masa nk balik kan. Jadinya kami terlewat feri. Itulah aku cakap HIG ni memang top, masa tunggu depan pintu kedai rmai giler orang. masing2 duk tengok jam 10 minit lagi…, 5 minit, 3 minit, 1 minit, bukakkkkkkk…. Kena serbu kau! Staf dia tarik pintu kedai diorang termasuk aku serbu macam kambing lapar 3 hari baru terlepas kandang!

makam arwah Mahsuri
Berbalik kisah hari kedua kami di Langkawi, pagi tu kami ke Kota Mahsuri. Kat sinilah letaknya Makam Mahsuri. Perjalanan lebih kurang 12km, abik masa dalam 20 minit. Makam ni terletak di Kg. Padang Matsirat dan entrance fee RM5 seorang. Di buka dari jam 8.30pg- 6.30 ptg.  Masih x ramai orang kami senang bergerak di sekitar kawasan makam tu. Tengok rumah (orang kampung ketika itu), masuk galeri Mahsuri dan sudah tentu kubur Mahsuri. 

rumah jiran mahsuri katanya
Adik2 sedara aku yang laki tu asyik tanya dengan aku. Aku ni memang rapat dengan diorang ni. Aku pernah tinggal dengan makcik aku ni masa aku duk Uni dulu kat KL. Aku layan dia macam adik2 aku jugak. Walaupun kami sebenarnya taraf sepupu. Sebabnya beza umur kami memang jauh. Adik aku pun yang bongsu umur dah 17tahun. Baca perbualan kami di bawah. Pening kau..
Adik sedara 1 dan 2= lelaki. Adik sedara 3= perempuan. Umur mereka ni dari 4 – 8 tahun.

Adik sedara 1: betul ke kubur ni kak?
Aku: betul la. Sedekahkahlah al-fatihah untuk Mahsuri.
Adik sedara 1: kak kubur betul-betul ke ni?

Pening aku! Agaknya macam x kubur yang dia tengak kebiasaannya. Yela biasanya kubur sama aras dengan tanah. Hak Mahsuri ni macam pangkin tepi pantai pun hado.

Adik sedara 2: Abang, ada tabung duit la!
Adik sedara 1: a’ah la. Boleh ke kalau kita nak ambik. Akak, boleh abik ke?
Aku: Korang yang patut isi jugak! Bukan nak ambik.
Adik sedara 1: X payah la. Lagipun duit singgit-singgit je tu. (ditujukan kepada adik dia)

Tak abis aku diterjah soklan gitu, adik sedara aku yg pompuan tu plak duk bertanya..

Adik sedara 3: Kenapa kak Mahsuri ni mati kak?

Dengan confiden nyer aku jawab….

Aku: Dia kena bunuh dengan orang kampung.
Adik sedara 3: Kenapa kak dia kena bunuh?

Hah sudah!! Mmmmm…………..

Adik sedara 3: Kenapa kak?????
Aku: Ada orang dengki dia. (mengharapkan soalan abis kat situ.. tapi..)
Adik sedara 3: Kenapa kak orang dengki kat Mahsuri ni ?

Argghhh pulak dah!!

Aku: Mmmmm… Sebab dia cantik sangat!! @#$%^&* (xkan la aku nak gtau sbb org kg tuduh dia ngesek dengan orang lain kan. Lantak la lari dari sejarah pun!)
Adik sedara 1: Sampai macam tu!! Cantik pun kena bunuh!! (marah agaknye)

inilah tabung duit yang ceritakan tu
Kalau nak tahu, adik sedara perempuan aku tu terus minat Mahsuri! Sampai sekarang kalu aku jumpe dia asyik cakap pasal Mahsuri. Tapi sampai sekarang jgk aku rasa bersalah sebab bohong dengannya. Xpela aku bohong dia pasal kenapa Mahsuri kena bunuh. Nanti esok2 dia besar dia faham la. Nak cerita sebenar, aku maluuuu……

ishh.. ular tgh mengembang ko duk sbuk nak snap.
aku takat tengok pun geli
Abis ronda-ronda kat makam tu kami beredar ke mini zoo ular. Dekat je jaraknya. Kalau kami dari Kuah, sebenarnya sampai mini zoo ni dlu. Kira masa ke makam tadi kami dah lalu depan mini zoo ni. Cuma aku kira p yang jauh dlu. Hala balik memang akan lalu jgak depan mini zoo ni. Entrance cuma RM3 seorang tak silap aku. Kanak-kanak percuma -kena cek balik-. Sebenarnya aku agak kecewa kat sini. Sayang sekali zoo ni seperti tidak terjaga. Dalam bangunan adalah jenis kumbang2 gitu. Kat luar pulak daun2 bertaburan memang bertambah-tambah gerunnya. Nama pun dan zoo ular. Takut plak aku ular terlepas dan besenang-senang duduk bawah daun2. Ishhh… yang paling xcited adik sedara 1 aku tu. Ambil gambar ular kalah ambil gambar artis. xlama kami kat sini. 

Underwater World
Seterusnya kami beredar ke Under Water World Langkawi. Kat sini memang best!

***bersambung... di sini