Inilah aku...

My photo
Aku menganggap segala yang terjadi dalam hidup ini adalah suatu pengembaraan. Akan ku tempuhinya sebaik-baik kerana itulah yang menjadi warna-warna perjalanan hidupku. Dan aku tiada berseorangan dalam dunia ini..

Tegak sangatkah??

No Comments »

Cerita santai suatu petang d halaman rumah mak aku. b korek tanah utk abik ubi kayu lepas mak suruh. so ptg tu mkn la kami skluarga ubi kayu. aku suka cicah dg gula... korang suka cicah apa? coklat? sos? hehehhe...

Yang lucunye msa abis ubi d cabut, mak mtk la b tanam balik batang2 ubi tu. katanya nti blh mkn lg.. so b tunjuk terer cara dia tnam ubi.

utk lebih pencerahan cara penanaman sila scroll bawah............................kekeke



jgn tegak sgt. buat mcm menara condong pisa gtu...


antra 2 darjat... kiri mak tnam, kanan tu b tanam...hehe


condong mcm ni kan mak....

Sayonara 2011..

No Comments »

Tuptup dh 4 bulan aku xbuka blog..rindu terhadap dunia blogging muncul. Kesibukkan yang melampau membataskan smuanye. rutin harian, aktiviti hujung minggu yg sdh tersusun, membuatkan aku jika ada sedikit masa, mau aje rehat. boleh la sekejap2 mngadap drama korea.hikhik.. Oleh kerana 2011 pun dh d penghujung, terasa seribu satu kenangan lalu hinggap dalam diri. 2011, tahun yg indah, suka duka dlmnye menjadikan aku lbih matang..kununla..

Yang sdkit terkilan dlm 2011, tarikh 12 oct spatutnye aku ke Kota Kinabalu, ingin repeat balik ke sana dg p berdua aje dg b. memandangkan vacation terdahulu aku p reramai. yela bl reramai tu lbih kpd vacation. so mau repeat, knon2  lbih xplore klu p berdua, nmun terpaksa dibatalkan hasrat itu gara2 tarikh itu dekat sgt  dg kberangkatan mak n ayh ke kota suci Mekah mngerjakan haji. Tiket yg aku book dr awal tahun terpaksa aku letak dlm album aje..heheeh.. apapun kisah didalam 2011, smoga pengembaraan hidup ini sentiasa menjadi kenangan terindah utk masa sisa hdup mendatang.. sedih plk weh..waaa...soopsop..

n xlupa.... selamat datang 2012.
anywy, btul ke ada #*!$%& thun 2012?? 

p/s: apapn aku yakin kiamat itu urusan Allah swt. itu smua adalh dusta n hnyalah ramalan bg org yg sesat. jika bnr ada letupan, maka itu adlh fenomena alam smula jd. bila kiamat itu, tiada siapa pn yang thu............. (tazkirah pendek akhir tahun, jgn marah..)..:)


Perginya seorang novelis kesayanganku

No Comments »

Kesibukkan d bulan Ramadhan ni berlipat kali ganda dlm rutin harian aku. Yela, abis keje balik rumah terus masak. Aku kena siapkan juadah berbuka untuk b biasanye sblum jam 6.30 ptg. B plk dbulan pose ni msih kena shift. So masa memang tight- waktu siang dg kje, msk dll, mlm plk terawih. N akhirnye blog xhapdate… alasan! hehe

Apapun berbalik pada tjuk entry aku kali ni, novelis yang aku mksudkn adalah Azizi Hj. Abdullah yang lebih dkenali Pak Azizi ataupun Tukya. Oleh krn spt ketinggalan keretapi aku publish tentang pemergian arwah kt sini, memandangkan beliau meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30 pagi bukan hari ni tetapi pada 21 Ogos lepas. Allahyarham meninggal disebabkan sakit jantung setelah lebih enam bulan di rawat di hospital berkenaan.
Selepas 21 hb lepas, aku skali lagi cuba mencari maklumat mana nak dapatkan novel beliau. N mmg aku dh bertahun thun mencari novel bertajuk AYAHANDA terbitan creative enterprise. Pernah aku bertanyakan beliau sendiri tentang novel tersebut. Malah aku jgk prnah menelefon syarikat terbitan creative sendiri kot2 masih ada stok yg tidak terjual. Dukacitanya usaha aku tidak berjaya. Aku stop sekejap pencarian aku tu. N bila skg dapt berita meyedihkan, allahyarham meninggalkn kita, sayang seribu sayang, seperti berputus asa aku ketika ni. Walaubgaimanapun, aku ttp ingin berusaha lagi, berdoa agar msih ada syarikat pnerbitan yang ingin menerbitkan lg novel2 beliau. So aku dh nekad, kalau ada jualan kat mana2, aku akan pergi insyallah.

Berbalik kenapa aku mncari sgt2 novel bertajuk AYAHANDA ni, sudah tntu ada sebabnye. N sebabnye aku nk hadiahkan novel ni kat abah aku sempena hari lahirnye. N keinginan aku ni tertangguh bertahun2 gara2 sukar mendapatkannya. Oleh kerana abah aku memang seorang ulat buku, kuat membaca, kuat menulis, kuat mentelaah buku2 ilmiah– x mcm aku kuat merepek nk2 dlm blog hahaha, so aku nk ajk abah aku cuba baca novel plk. Kasi otak dia ringan skit hahha… tambhn pula abah aku memg minat jgk penulisan2 Azizi Hj Abdullah ni, so aku x bmbg sgt hadiah novel aku tu nnti di reject abah. Lgpun novel tu aku prnah bca pd tahun 1998, so aku dh thu isi cerita dalam tu. Novel berbntuk reality kehidupan masyarakt. Bukanlah cintan cantun. Bg aku sesuai dg abah yang masih punya seorang ayah, dan abah juga merupakan seorg ayah, kisah ini kisah seorang ayah yang berperinsip, pendirian hidupnya tidak dpengaruhi orang lain…………

N sebenarnya banyak lagi novel2 beliau. N kebetulan aku ada sorang sahabat, aku panggilnya "ustak" yg sma gila minat membca novel2 beliau. So dlam blog beliau byk pula diolahringkaskn synopsis novel2 Azizi Hj. Abdullah ini. tp blognye xhapdet.last entri rmdhn n dh msuk ramadhan plk. psstt..psstt pemalas btul.  Antaranya adalah novel BERUK n preview laginya kat sini. selain tu novel Seorang Tua di Kaki Gunung (Tukya), Memoir Seorang Guru dan bnyak lg sebenarnye. n paling terharu, catatan akhir arwah semasa d wad, tetap mnyentuh perasaan aku...........

SABAH TRIP- Kota Kinabalu- Kundasang- Ranau (PART 2)

No Comments »

 Masih DAY 2

Siap mandi laut n snorkeling kami siap2 utk balik ke tanah besar. Sekitar jam 10pagi kami berangkat, botman dh siap tunggu kami d jeti. Terus menuju ke Kundasang sebaik kami tiba di darat. Perjalanan ke Kundasang memakan masa lebih kurang 2 jam. Tapi dalam perjalanan tu kami sempat singgah d pekan Nabalu. Pekan ni ke Kundasang xlah jauh sgt mgkin dlam 40minit gtu. Mak, adik2 aku sempat nyoping 1-2 barang kt sni. Mmg murah berbnding kat KK. Kami beli buah salak rm2.50 sekilo. Murah giler kan. Time tu ada lori penjual borong smpai. So kami beli jgk kt diorg. Kalau harga market biasa, rm4-5 per kilo. Lepas tu kami teruskn perjlanan. Sampai d Kundasang, aku tak chec-in resort terus tp kami meneruskan perjalan ke Ranau. Kira Ranau ni pekan selepas Kundasang. Kat Ranau ni kami singgah d restoren Anjung Selera. Masakan sedap n fresh. Hadif tidur je sepanjang dalam van. Keletihan agaknye mandi manda laut pagi tadi. Siap makan kami truskan agenda kami seterusnye iaitu ke Tagal Fish d Kg Luanti. Oh ye, dari Kundasang ke Ranau memakan masa sekitar 30minit xsilap aku. Kami di sini agak lama. Makan dan mengambil kesempatan berjalan2 d sekitar pekan ni. Kemudian dari pekan Ranau ke Kg. Luanti ni memakan masa 20 minit. Ini cara memanduan b la. Aku kurang pasti jarak antara 3 tempat ni. So mungkin sesapa yang ada pengalaman drive dari 3 tempat ni berbeza2. 
beras bukit kt pekan Nabalu
dah nmpak pun gunung
pakan Ranau

So dalam jam 3 ++ petang kami seronok2 dengan ikan di Tagal Fish Spa Kg. Luanti ni. Tagal Fish Spa ni kira tempat ikan yang d tagal (d sekatpelihara) n d asuh untuk mencubit2, mematuk2 seperti urutan sertadalam masa yang sama ikan ni memakan sel2 mati d kulit badan kita semasa urutan tu. Bayaran masuk sini adalah rm5 untuk kaki n rm10 untuk mandi –kira spa seluruh badan. Oleh kerana pengalaman pertama bersama2 ikan yang merayap di kaki, aku geli yang amat. Lama2 sengal....... sakit sperti digigit semut besar gitu..heheh. agaknye abes la sel2 mati aku d kulit betis. Hahah...

nk jgk dia celup

mmg cool Hadif ni
Hadif pada mulanye wat dek aje. Tapi tiba2 bila ternampak ikan2 yang melantun2 dalam air, dia jadi geram plk. Di gasak sape2 yang mendukugmye tu utk dlepaskan dia. Mmg gila nk lepas baby dlm air tu, dpatuk2 ikan tu kang.. mana ada sel2 mati, kata kulit baby kan gebu bak kapas. Tapi itula hadif.... akhirnye masa b dukung (kami gilir2 dukung dia), b bagi jgk rsa mcne d kerumun ikan2 tu. Apa lagi Hadif........ x angkat kepala duk kusyuk tengok ikan2 tu sambil sedikit kakinye dalam air. Sikit pun x takut Hadif ni. Cool aje... makcik2nye bukan main lagi takut n geli memula tu. Rupanye kat sini bayaran yang dkenakan tu ada limit masa. Anggaran aku setiap 30minit/bayaran(rm5). 
inilah Mesilau farm tu

"jangan awal sangat tutup. tk.." heheh

pilih la mana nak
Lepas main ikan, sekitar jam 4 ptg kami teruskan perjalanan ke Mesilau Dairy Farm. Terletak sebelum pekan Kundasang, kami dari sini pulang ke Kundasang n singgah dulu di Mesilau Dairy Farm. Inilah perjalan kami yang paling dasyat. Kerana sekali lagi d tipu GPS. Dibawanye kami melalui jalan bergunung d tambah pula berbatu... memasing kecut perut nak2 mak aku. Mmg teruk konon2 by-pass tapi hampeh akhirnye perjalan kami dari Tagal Fish Spa ke Mesilau Dairy Farm memakan masa 1 jam. Dicelah2 gunung ganang kami lalui, akhirnye tiba di sini lewat jam 5 ptg. N utk mkluman, farm ni d tutup jam 5 ptg. Tapi bila kami tanyakan dekat guardhouse, mereka cakap boleh lagi masuk sebab masih ada pelawat dalam sama. So sempat la lg kami msuk tp mmg xde org dah. Cuma sorg dua mcm tu aje. Kat sini kami lama jgk n management diaorg xde plk usir kami. N lps kami smp masih ada lagi jgk yg lewt dr kami. Abah sempat menulis sesuatu dalam buku pelawat yang dsediakan d suatu sudut dalam bangunan tempat display lembu dperah susunye. -Farm ni sebenarnye tempat ternak lembu susu- So enjoy je kt sni. Dh petang n angin plk agk kuat. Sungguh cantik permandagan d sini. D tambah pula udara yg sejuk n segar. So lembu2 kat sni ala2 New Zealand gtu. Kaler putih hitam. Hadif yang amat lincah bila tengok binatang. Mmg skill dia agknye budak ni x takut apa pun binatang. Asyik mau dekat n dekat n dekat lagi. Smpaikan nk duk sebelah je dengan lembu. Bila ada yang pegangnye, cepat2 melibaskan tanganye memohon seolah2 “jgn control saya hokey!”........heheh...

EDISI GELAGAT SI HADIF...
tengok Hadif yang xnak balik

org duk sbuk "peace" n Hadif pn nk peace tu

haa.. menarik ni

eh eh..lepaskanlah

orang nak siasat ni binatang apa xprnh tgk ni

huh..nk g mana tuh



biarkan... dia nk bebas sangat. suka kan nak mcm ni..

macam ni...

n macam ni.....
Bersambung...

SABAH TRIP- Kota Kinabalu- Kundasang- Ranau (PART 1)

No Comments »

mula melangkah. sabah tungguuu....
DAY 1

Trip kali ni berbentuk percutian keluarga. Kami seramai 8 orang termasuk parents aku. N yang paling kecil siapa lagi, kalau bukan Hadif anak buah aku yang berusia 12 bulan. Adik perempuan aku ibunya.. Gelagat Hadif memang membuatkn kami  x bosan sepanjang percutian ke Sabah kali ini. Sebenarnya, Sabah bukanlah kali pertama aku sampai semasa percutian ni. Tapi bagi parents, adik2 n anak buah aku tu, inilah first time bagi mereka. Tidak lah lama kami d sini, cuma 3 hari, n aku sedaya upaya cuba memaksimakan tempat yg akn kami lawati. Almklumla aku ni ibarat tour guide gitu.. itinerary d Kota Kinabalu- Kundasang- Ranau aku dah pun siapkn awal2, segala booking hotel, kereta sewa aku siapkan sbulan seblum tarikh percutian ni. Kalau boleh aku nak la trip ni seindah yang mungkin bagi mereka…ahaksss

Sesampai kami d airport enterebengser Kota Kinabalu tu (koboi giler kata antrabgsa), asalnye kereta exora yang aku book utk kegunaan pengankutan persendirian kami sepanjang di sini. Tapi kesilapn teknikal tokey cakap, so kami d gntikan dengan Nissan urvan. Best gitu… B jd driver n aku duk depan sbelah mcm kelindan, ala2 pembantu driver bas atau lori gitu.. b cakap kalau dia bawak urvan ni sbulan mau perut dia mengembang mcm pkcik2 drebar lori kbiasanye. N aku jwb perut aku mgkin sama jgk la klu gitu. hahhaha…
Oleh kerana sampai Kota Kinabalu dh pun petang, kami check-in hotel dulu. Hotel kami adalah Tune Hotel di 1Borneo yang terletak d area Likas tu. Sebenarnye agak jauh bagi aku hotel ni dgn Bandar KK. Patut la aku tgk rmai yang suka duk hotel Le Meridien yg trletk btul2 di depan Pasar Besar Kota Kinabalu yang lebih trkenal dengan nama Pasar Philippine. So boleh angkut segala barang shoping trus msuk bilik hotel. Apapun sebenarnye 1Borneo tu kalau ada kereta boleh aje. Perjalanan bekenderaan lebih kurang 20minit ke pusat bandar gitu. So dari airport ke hotel, kami siap diri, rehat, solat dll. Agenda pertama kami hari ni adalah makan kat restoren seafood. Dalam duk buat keputusan nak makn kat mana, sekitar jam 5++ petang, b ajak g ke Tuaran. Ni semua cadangan budak yang jaga parking kereta kat depan hotel. Katanya Tuaran ada restoren seafood. So b google GPS, skitar 20kms mcm tu Tuaran tu. Ntahla.. ini bukan fakta hokey.. sebabnye aku cakap gitu, bila kami naik van n pecut ke Tuaran, GPS bwk kami melalaui jlan kampung mana ntah. By-pass katanye. Hampeh jalan buruk n akhirnye kami lewat ikut by-pass yang makan masa lebih lama dr jln biasa. Mencari2, akhirnye kami sama pekan Tuaran tp menghampakan sbb xde pun restoren seafood kat sni. Pasar malam adala hari kami sampai tu.... n dpendekkan cerita lepas aku bertanyakan pada sorang peniaga pasar malam tu gtau kami tempat yang bagus utk kami tuju kalau nak restoren seafood dekat Gayang katanye... Gayang ni agaknye terletak dalam area Tuaran jugak, tapi jauh dari pekan Tuaran. Lebih kurang 15kms gtu n masa perjalanan 15minit, akhirnye kami temui jugak restoren seafood ni. Nama restoren ni Gayang Seafood  Restaurant. N restoren ni dtepi pantai/kuala sungai n ala2 floating gitu. Tapi msa kami sampai sekitar jam 7mlm, air laut surut. So x floating tp berlumpur. Bayangkan perjalanan kami duk mencari restoren berapa kali ntah dlm van duk makn roti aje. kami smua kebulur konon2 nk melantak mkanan lazat sepuas2nye, so simpan perut biar kosong. Kembung memasing perut menunggukan ketam, sotong, udang dll tu... Hadif jugak yang cool je. hahahaha......
Lepas makan smua, kami balik 1Borneo, mmg hampeh GPS ni, masa kami datang makn masa dkt 2jam duk lalu by-pass konon. Macam mengembala lembu pn ada laluan sesuai utk kambing lembu aje.. tp heran aik masa balik 15minit aje. Tupun aku mintak b cuba ikut signboard dlu pastu baru ikut GPS. Mmg dekat rupanye. Laluan ni rupanye berpusing, ianye seperti bulatan. Masa pergi, kami lalu ikut jauh dlu, n balik dekat aje ibarat baki bulatan tula..aduuhh.. 

xpayah makan nasi kalu tahu gini
Hadif tetamu x terkecuali

inilah restoren tu
Berbalik cerita tadi, perjalanan balik mmg jumpe 1Borneo dulu. N aku ajak g town KK, kami pusing2 intai2 dlu ada apa kat town ni. Pada pandangan aku town KK ni xlah besar, semua sekitar situ. Aku rasa besar lagi bandar Kuching, Sarawak. Kiranye pusat bandar ni adalah pasar besar KK tu. Sebelah dia ada waterfront jugak mcm Kuching, nmun time ni diorg wat renovation utk naik taraf kot. So, dipagari tempat ni. Cuma sebelah sikit tu msih dbuka n pengunjungnye aku tengok x ramai mana pun. Aku survey dulu almklum la esok pagi awal2 jam 7, kami mmg kena datang sni sebab nak g Pulau Manukan kan.. 

semua orang akn abik gmabr ni rasanye bila smp sni
apa lg. terjah la
DAY 2

Pada jam 7pg kami naik bot belakang pasar utk ke Pulau Manukan. Kami bawak bekal –beli sarapan kat restoren depan pasar n nk mkn kat sana nanti. Sangat menghibur hati bla Hadif turut serta dalam kami nk explore pulau ni. Gelagatnye first time naik bot, cool aje. Melayan angan2 Hadif bila kena dengan angin yg kuat. Pengalamn baru dalam hdupnye..heheh... n bertmbh nakal bila Hadif pertama kli kakinye bertemu dengan pasir n pantai. Dibuatnye xmau naik sudahnye nk duk dalam air aje gara2 sesampai pulau ibunye basuh beraknye dgn air laut gara2 xlarat nk ke toilet yg jauh dhujung dr tempat kami bersantai. Meronta2 minta dlepaskan n dbiarkan saje dia dg pantai n pasir tu. Mana boleh.......... gelisah Jaddahnye- mak aku- duk melayan karenah cucu sorang ni, duduk sama2 dgigi air. Sekali sekala hadif duk menjilat bibir. Terasa masin agaknye. Hahahha..... n kami duk gelak ketawa mandi laut n teruja bila tengok ikan datang menghampiri kami. Terus tnggal Hadif dgn Jaddah. Sian mak aku akhirnye kami buat giliran jga Hadif, almklumla pengjaga Hdif tarik diri dh x larat layan karenahnye-pengjaga Hadif=bapak aku. Bukan main lagi masa nk start trip pulau ni, katanye xnk mandi nk jga cucu nanti... almklumla cucu pkai bateri energizer... hahaha
mak + abah n skill nyer
kami lengkap sekeluarga
Walaupun Hadif dengan dunianye sendiri, at last, sekali dengan abah aku turun laut. Bila tengok kami reramai xcited duk keliling ikan2, abah capai mask n duusshhhh terjun jgak. So lengkplah kami sekeluarga dengan basah kuyupnye.....

p/s: aku duk syok teruja mandi2 terus lupa nk abik gambar utk adegan ank buah aku tu.

 Gelagat Hadif selepas mandi......
Hadif cuba wat apa tu agak2?..

tengok ibunye asyik xsedar....
.
.
.
.
.
.
.
.

jengjengjeng.... abes terburai

Bersambung...

salam RAMADHAN AL-MUBARAK

No Comments »

Oleh kerana ngam2 balik bercuti dr Kota Kinabalu n Kuala Lumpur, aku sampai je rmh, smlm (pagi tadi)terus sahur utk berpuasa n sekaligus menyambut bulan mulia RAMADHAN ni. Trip percutian keluarga kali ni memang lain dr yg lain memandgkan kami ramai n ada anggota baru dlm keluarga aku, HADIF -anak buah aku-ank adik aku- yg bru berusia setahun. telatahnye yang mencuit hati, nakal, membuatkn aku geram rasa nk gigit pn ada! apa pun hak tu aku hapdet kedian... yang aku nk ceramah kat sni adalah aku nk memohon maaf sgla jua sebab n yg pentig rasanye belum terlambat jgk aku ucapkn selamat berpuasa dsiang hari seterusnye berterawih dmalam hari dbulan Ramadhan kali ni kepada smua . semoga Ramadhan kali ni adalah yang terbaik dr yang lepas2.......

berita sedih..

2 Comments »

Sebenarnye berita ini sudah 2 minggu aku dengar. yg mana sahabat baik aku masa sama2 study uni dlu xciden langgar lari. sahabat aku ni tentera air force kat sg. besi, KL. aku cuma dpt berita ni dr adiknya yg suatu msa dlu aku berkawan jgk n baya kami adalh sma dg adik kwn aku tu. aku dg kwn aku plk, dia lebih tua skit dr aku.

Yang aku nk kongsi kt sni, bl aku dpt tau dr facebook adik kwn aku tu yang kakak dia (kawan aku) kemalangan, aku agak terkejut. tidaklah meninggal, tapi agak teruk. kawan aku dgn motor, n org yg langgar mgkin dgn kreta. apa yg melanggarnye tdk pasti sebab dr cerita kwn aku tu, smsa kejadian, dia pengsan. tp dia berasa sesuatu yg besar sperti naik ats badannye. waktu seawal pg skitar jam 6.40 pg ketika kejadian itu. yg aku berasa sdikit mnyesal, kebetulan pula ketika sehari selepas kejadian, aku ada d Kuala Lumpur. n aku ada sms kt kwn aku tu n patutla x dbalas apa2. tidak spt kebiasaan yg mana mmg kami selalu berhubug dg telefon walaupun kini hidup d haluan masing2 ditambah pula jarak kami bjauhan. tp syak apa2, aku mnganggp mgkin kawan aku sibuk dg kerja almklumla ketika hari tu adalah hari bkerja. sepulangan aku smpailah 4 hari (xsilap aku) slepas kawan aku xciden, bila je dpt thu trus aku call dia. dengar je suaranya hati aku sgt sedih.. susah hati.. dan yg pling ketara aku tersangatlah ralat. ralat dg diri aku sndiri, berat nk telefon setelah sms xterbalas tempoh hari. kalaulah aku call, n sudah tentu bila tahu berita tu aku blh terus berjumpa melawatnya. tp apakan daya aku x call pun, rupanya kawan aku dh terlantar kt hospital. patah 4 tulang rusuk, dahi berjahit besar, tulang bahu terkehel, dan luka2 lain. n mlm ni aku trima call dari dia. esok dia ada operation baiki  tulang sikunye. bahagian rusuk, katanye doktor xdapat buat apa2 lg stakat ni. n katanya kelak dia akan baik sndiri. aku pn xfaham baik sndri tu mcne. 

Tapi apapun aku doakan esok smuanye selamat n kwn aku akn pulih sperti biasa. pasal org yg melanggar tu, aku harap bertaubat la, bila dh buat silap pd orang, kelak nanti belum pasti kau dpt berjumpa kat padang masyar utk meminta maaf pd org yang kau aniaya... udahla langgar org, lari plak. terlepas la kt dunia ni, nmun d akhirat sudah pasti xkkn terlepas jgk. N insyallah, minggu depan aku nk datang melawat dia.